Semalam tamatlah sudah aku menghadiri kursus BTN. Kursus ini berjalan selama 5 hari 4 malam bermula pada hari ahad 6/6/2010 dan berakhir pada 10/6/2010.Kumpulan kami telah ditempatkan di Kem Mega Krystal di Kuala Selangor. Sebanyak lima kelas telah bergabung iaitu PPISMP 2.07(BM), PPISMP 2.08, PPISMP 2.09(BI), PPISMP 2.10(BI) dan PPISMP 2.11(MATE) pada kursus kali ini. Kami telah dibahagikan kepada 11 kumpulan dan aku mendapat kumpulan ketujuh. Ahli kumpulan aku ialah Husna, Nabila, Haziq, Bukhari, Che nor, dan kak win.
Kursus kali ini banyak mendedahkan kami terhadap sistem politik di negara ini. Isi kandungan kursus ini lebih terarah kepada perlembagaan dan sistem pilihan raya yang berlaku di negara ini. Secara jujur aku akui agak bosan kerana banyak ceramah yang dihidangkan kepada kami. Aku akui sebagai seorang pendidik sudah pasti semua perkara ini penting untuk diketahui. Tetapi, apabila semua benda yang diceritakan adalah bertujuan untuk menghentam satu2 pihak, saya agak jelek untuk mendengar. Semua perkara ini untuk menarik undi kami selaku generasi muda.Aku merasakan BTN ini adalah satu wadah supaya memberikan pendedahan supaya kita tidak salah mengundi kelak. Tetapi, walau bagaimanapun, sebagai seorang yang berpengetahuan, kita seharusnya mendengar suara serta maklumat daripada kedua2 pihak untuk mendapatkan kebenaran yang SAHIH. Namun, apakan daya ramai di antara kita lebih senang menerima apa pandangan orang lain secara bulat2 tanpa menyelidiknya terlebih dahulu. Aku agak takut apa akan jadi pada negara kita andai kita tersalah membuat pilihan. Kitalah yang bakal menentukan pemimpin kita kelak.
Di samping itu, aku juga mendapat ramai kawan. Memang semuanya berasal dari satu maktab yang sama, tetapi dengan adanya program sebegini, ukhuwah yang terjalin boleh dirapatkan lagi.Satu perasaan yang menyeronokkan apabila mengenali diri kita dan kawan kita dengan lebih mendalam. Semoga persahabatan serta pengalaman yang ditimba akan dapat diguna pakai untuk kebaikan bersama. InsyaAllah. Sama2 kita berdoa agar menjadi umat islam yang bersatu padu demi Islam yang tercinta.