Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Sunday, November 7, 2010

Peperiksaan


Saya sekarang sedang berusaha untuk menghafal dan mengingati bab-bab yang ada dalam mata pelajaran Kajian Sosial. Kalau sudah khatam Kajian Sosial, saya boleh memulakan ulang kaji untuk Pendidikan Jasmani pula. Saya juga dalam keadaan kebosanan kerana teman sebilik saya masih lagi berada di rumah dan hanya akan balik pada hari rabu. Kertas dia pada hari Khamis. Alangkah indahnya jikalau masih berada di rumah. Mula merasai badan ini perlu berehat. Tidur. Kertas Kajian Sosial hari rabu ini manakala Pendidikan Jasmani keesokannya. Doakan saya. Semester terakhir PPISMP. Tahun hadapan bermula lah PISPM (Ijazah). InsyaAllah.

Tuesday, October 26, 2010

Saja

Sudah lama rasanya saya tidak menulis entri terbaru. Niat dah ada. Cuma, belum dilaksanakan. Sikap bertangguh memang sudah serasi berkurun lama. Kalau mood baik, baru lah nak buat awal-awal sikit. Saya rasa mana-mana saya pergi, saya akan jumpa perangai yang sama sahaja.  Kalau dah namanya manusia, perangai negatif tetap ada dalam diri. Kalau dah namanya manusia, perangai pentingkan diri mesti terselit jua walau sebesar zarah pun. 
      Kadang-kadang saya pun agak angin bila melihat perangai manusia yang entah apa-apa. Saya tahu mana mungkin ada manusia sempurna di dunia ini. namun, jika manusia itu tidak pernah berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna, Allah sendiri tidak ingin membantu. 
    Allah pernah berkata tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk berubah. Sudah jelas lagi bersuluh. Kalau kita tidak berusaha, mana mungkin kita akan mendapat apa yang dihajati. Sama lah seperti sikap kita sendiri. Jikalau kita tetap berdegil dengan perangai yang sedia ada, tidak langsung memperdulikan teguran rakan-rakan lain, pastinya perangai itu kekal selamanya dan mungkin akan menjadi lebih teruk lagi. 
   Saya juga bukan lah manusia “perfect” tapi, saya berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna di hadapan-Nya. Saya juga sentiasa berdoa mereka semua seniat dengan saya. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan serta dosa. Di situlah pentingnya kawan dan keluarga. Kehadiran mereka adalah untuk memberi teguran serta menasihati kita. Jadi, siapkan lah telinga untuk segala teguran dan terima lah dengan hati terbuka. Saya sangat bersyukur dicampakan ke MPI ini yang saya kira sebagai hidayah dari Allah. Saya mula membuka mata mengenai islam serta peranan kita sebagai seorang muslim. Kini, saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi hamba islam yang sebenar. Doakan saya. InsyaAllah, Allah akan membantu hambanya yang berusaha. Marilah sama-sama mencari keredhaan-Nya. Amin. 

Monday, October 18, 2010

Renungan Bersama (^-^)

Kita sering menghadapi pelbagai emosi setiap hari.
 Gembira
Stress
 Kadang-kadang kecewa
Letih dengan kerja yang tak pernah habis

Kita sering mengeluh dan bertanya
Kenapa itu ? Kenapa ini ? Mengapa jadi begini ? 
Namun, adakah kita lupa..
Sebuah kitab telah memberi panduan..
Memberi ajaran tanpa kita sedari..
Memberi ingatan pada yang ingat padanya
Selidik lah ayat-ayat Al- Quran
Pedoman buat umatnya..

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ."
(Surah al- Ankabut, ayat 2-3) 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6) 


Sudah. Jangan mengeluh.

Ingatlah..
Allah sentiasa di sisi kita.

Tuesday, October 5, 2010

I'm gonna to miss U


Salam takziah untuk keluarga Thaqifah Malek(gambar atas) yang telah kembali ke rahmatullah semalam dalam lebih kurang pukul 9.10 malam kerana menghidap penyakit leukimia. Thaqifah atau lebih dikenali sebagai qiefa merupakan rakan sekelas saya. Sikapnya yang suka tersenyum dan peramah membuatkan sesiapa sahaja pasti selesa untuk berkawan dengannya. Qiefa telah disahkan menghidap penyakit ini awal bulan dua tahun ini. Walaupun menanggung sakit yang amat sangat, qiefa lebih senang mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Qiefa seharusnya menjalani rawatan di hospital namun dek kerana takut perlu menangguh semester kerana berada lama di wad, Qiefa hanya menjalani rawatan secara tradisional. Kesannya, penyakit yang dihadapinya makin teruk dari sehari ke sehari. Walau bagaimanapun, Qiefa masih mampu tersenyum dan mengatakan dia sudah sihat. Gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat kami rakamkan ketika menjalani rekreasi di Pulau Pangkor seusai cuti raya. Semasa berada di Pangkor, keadaan Qiefa semakin teruk sehinggakan dia terpaksa dipapah untuk berjalan. Kaki beliau sudah tidak mampu untuk berdiri tegak. Qiefa terus pulang ke rumahnya di Batu Pahat dan mendapat cuti selama seminggu. Sabtu lepas kami mendapat berita Qiefa ditahan di Hospital Batu Pahat. Matanya bengkak, ada jangkitan di paru-paru, ada darah beku di otak serta gigi, gusi, lidah semuanya telah berdarah. Dengan kadar segera Qiefa dipindahkan ke HUKM. Kami sekelas sempat melawat beliau pada hari ahad. Beliau ternyata lemah dan tidak bermaya. Petang semalam kami mendapat berita mengatakan Qiefa sudah koma. Jadi, saya mengambil keputusan untuk melawatnya selepas Isyak. Dalam perjalanan ke HUKM, saya mendapat mesej mengatakan Qiefa telah dipanggil menghadap illahi. Pagi tadi, selamat sudah upacara pengebumian Qiefa di rumah atuknya di Cheras. Saya bukanlah antara insan yang rapat dengan beliau. Tetapi, pemergian beliau sangat memberi kesan kepada semua ahli kelas saya. Jalinan persahabatan yang terbina tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kini, hanya tinggal 19 ahli PPISMP 3.07. Saya akan sentiasa merindui Thaqifah Malek. Jasa baiknya akan selalu saya ingat untuk dijadikan pedoman. Ketabahan beliau menanggung sakit akan saya jadikan contoh dalam menghadapi hari mendatang. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada  arwah Thaqifah Malek. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya  bersama-sama dengan orang yang beriman. InsyaALLAH. 

Wednesday, September 29, 2010

Raya (^,^)

Alhamdulilah, tinggal sedikit sahaja kerja kursus yang perlu disiapkan. Minggu ini sahaja lebih kurang lima kerja kursus yang perlu dihantar. Kini, tinggal satu sahaja kerja iaitu Projek BM yang perlu dihantar pada hari jumaat ini. Pada minggu hadapan pula, ada dua tugasan yng perlu dihantar. Dalam kesibukan yang melanda, sengaja saya mencuri masa untuk memasukkan entri terbaru.
Mari kita saksikan gelagat2 keluarga saya semasa raya baru-baru ini.







Thursday, September 2, 2010

MERDEKA !!!!!

Hari ini tepat 22 hari kita melayari bulan Ramadhan. Saya bercuti hari ini setelah selesai berkampung di Putrajaya selama 10 hari sempena Hari Kemerdekaan. Kami diminta untuk membuat persembahan Human Graphic. Ini merupakan kali keempat saya menyertai persemabahan ini. Kami diminta mengangkat bendera bagi membentuk perkataan. Perkataan yang terbentuk itu adalah tajuk bagi setiap segmen yang berlangsung di tengah stadium. Pada kali ini sambutan hari kemerdekaan telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil buat julung-julung kalinya. Sambutan ini juga dicatatkan dalan Malaysia Book Of Records kerana ianya merupakan sambutan hari kemerdekaan yang pertama diadakan tanpa perarakan.

 Pengalaman ini sangat berharga dan pastinya akan dikenang selama-lamanya. Pelbagai peristiwa pahit dan manis yang telah berlaku. Semoga pengalaman ini akan mematangkan diri saya Namun, pastinya peristiwa pahit yang menimpa diri ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Saya akan lebih berhati-hati kala berbicara. Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Manusia itu hanya akan berjaya jika belajar dari kesilapan yang dilakukan. Insya Allah. Moga Allah permudahkan segalanya.

Sedikit gambar hasil persembahan kami..SAKSIKAN..

Tidak lupa juga untuk mengambil gambar sendiri



Saturday, August 21, 2010

HAPPY BIRTHDAY

SeLamat HAri Jadi Kepada MY luvly friend HAWANI MUSTAFA


Nak Hadiah tak ???
jap yer..
jeng..jeng..


terkejut tak ??..huhu...
Wani, semoga pertambahan usia ini akan mematangkan diri ko..
thanks sebab jadi kawan yang sangat baik
semoga hubungan kita takkan terputus sampai bila2..
aku SAYANG ko..=)

Sunday, August 15, 2010

Balik Kampung

Hari jumaat lepas merupakan pertama kali saya balik kampung naik dari Seremban.. menurut kata HANI, classmate saya, senang jer nak balik dari Seremban dan biasanya x ramai orang..saya pun bersetuju nak saing dia pergi Seremban..saya memang tak sabar nak balik kampung nak tengok atuk sangat2..kitaorang sampai Seremban dalam pukul 4..punya lah ramai orang masa tue..saya dah kecut takut jer tiket x de..dan sangkaan saya memang betul.."Tiket dah habis lah dik, yang ada pukul 7 ke atas jer"..saya dah pening ..macam mana nie..kesian lak kat acik oyah nak kena amik anak buah dia sorang nie..saya pun tepon Acik dan Acik tak kisah janji ada tiket..saya lega sikit..Hani pula terpaksa naik bas lompat2 disebabkan bas untuk ke rumahnya hanya ada 1dan tiketnya sudah habis..saya menunggu bersama-sama seorang akak senior..Alhamdulilah, ada kawan gak..setelah penat menunggu dan jam menunjukkan tepat pukul 7, kami pun menunggu di hadapan bas.. Kami diuji sekali lagi apabila konduktor bas tersebut mengatakan bas ke Melaka tidak dapat hadir..
Ya Allah, betapa remuknya hatiku hanya Allah yang tahu..Dan pada masa yang sama handset saya kehabisan bateri..ok,..handset saya memang cepat low bateri tapi, tak sangka boleh terjadi hal sedemikian di saat saya perlukan ia..sangat sedih dan rasa macam tak larat nak tanggung ujiannya..tapi, akak senior saya di sisi tetap tenang sambil sempat mengaji di tengah-tengah kebisingan melanda..
Ya Allah, kuatkanlah aku untuk menghadapi ujianmu..
Sayu rasa hati tatkala berbuka di perhentian bas..terbayang keseonokan berbuka di rumah..
tak pe..Allah sayang saya,.sebab itu dia uji saya..

Akhirnya, kami dapat menaiki bas pada pukul 8 lebih..sepanjang perjalanan saya sangat risau kerana tidak boleh mengantar mesej kepada Acik..mesti Acik tengah risau sekarang ini..saya paling tak suka menyusahkan orang..yelah, kalau saya naik bas pukul 7 mesti saya sampai dalam pukul 8.30..tapi, masalahnya saya naik bas pukul 8..dan saya tak sempat nak antar mesej kepada Acik..dalam lebih kurang pukul 9.15 saya tiba di MC..saya mencari-cari public phone dan ternyata kebanyakkan nya rosak..saya buntu..macam mana nak cari Acik..akhirnya saya membuat keputusan drastik dengan membeli handset baharu yang berharga RM80..saya pun dengan pantas memasukkan sim dan membuka handset tersebut..terkejut saya..20 misscall dari Acik , 1 dari Kak Cik dan 1 dari Kak Ieya..ok,.saya pelik kenapa kak ieya pun ada misscall sekali..Kesiannya Acik..mesti dah lama tunggu anak buah dia sorang nie..erm, akhirnya saya jumpa Acik dan sepanjang perjalanan balik ke Jasin, saya menceritakan segala-galanya kepada Acik..ternyata Acik tenang mendengar dan sesekali menyuruh saya menganggap itu hanya ujian dari Allah..kalau Allah sayang kita, mesti dia uji kita..dia nak tengok kita nie mampu ke tak..tapi, Allah tak uji saya seorang jer..Allah uji Acik jugak..Alhamdulilah Acik sabar menunggu kepulangan saya..Acik memang best..
sayang Acik lebih..memang dari dulu Acik tak kisah untuk membantu saya..
InsyaAllah, saya akan bantu Acik kelak..jasamu akan ku balas jua..

Akhirnya , saya selamat sampai di kampung dan ternyata nenek gembira menyambut kepulangan cucu nya yang sangat comel dan baik hati ini..(perasan sudah)..sekali lagi hati saya sayu melihat keadaan atuk..atuk, cepat sembuh yer..fisha akan selalu doakan atuk..atuk dah tak boleh buat apa2..hanya terbaring dan badannya semakin cengkung dan hanya menampakkan tulang-tulang..mujur ada Abang Muhammad, abang sepupu saya yang sudi menjaga atuk sebelum dia dipostingkan..

P/S : Terkejut dengan kejadian puting beliung di Jasin yang melibatkan 3 orang meninggal dunia..Al-Fatihah..

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Dia datang lagi setelah setahun meninggalkan kita..
Dia datang lagi membawa berita gembira..
Dia datang lagi setelah kita berdoa agar dia kembali..
Dia datang lagi dengan membawa seribu pengertian..
Dia datang lagi dengan membawa pelbagai rahmat..

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Terima kasih kerana datang lagi..
Daku sangat merinduimu..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun2 lepas sebelumnya..
Semoga Ramadhan kali ini merubah sesuatu..
Semoga saya dapat merasai kemanisan Ramadhan kali ini..

Ya Allah,.hanya padamu aku bermohon,.
bantulah daku untuk beribadat kepada mu..
mudahkanlah daku untuk bersyukur kepadamu..

Monday, August 9, 2010

Kesan Minum Ais

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, 
artikel ini sesuai untuk anda baca.  
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus,
 ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.  

Sedikit Informasi tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung 
akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.  
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama  serangan jantung.  
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  
Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..  
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

INGAT ..MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Monday, August 2, 2010

Bola tampar

Penat dan letiih..saya penat..ggrhhhh..baru senam sikit dah bising kata penat..nak buat macam mana badan nie memang lembik..lagi2,.hari nie saya puasa sunat..k,..jangan jadikan puasa sebagai alasan..ok, petang tadi saya, bella, piqa, azie, hani dan akak senior bella(yang  tetiba muncul..x per,.boleh jer nak join skali) ..kitaorg main bola tampar...mana dapat bola???..jeng..jeng..setelah berhari-hari saya mesej DD(exco sukan) akhirnya hari nie bole tampar berada di genggamanku..ahaks,..suka..suka sangat..sangat best bermain tadi..i like it..

         Dah lama tak turun riadah petang..selalunya buat senaman katil jer..hari nie aku gagahkan badan ini untuk bermain..walaupun bilangan pemain agak mengecewakan namun atas sokongan ramai, kami berjaya main dengan penuh semangat ditambah gelak yang tak sudah-sudah (poyo jer ayat saya nie)...huhu,,secara jujurnya saya tak pernah main bola tampar sebelum ini..tapi, memandangkan bola tampar dan bola baling menjadi amali PJ kami pada sem ini,.jadi, saya terpaksa berusaha untuk mempelajari teknik permainan  dengan betul..takut nanti markah amali sikit..Nafisah, chaiyok2..ko boleh buat nya..percayalah (nyanyi jap lagu siti)..

Agak2 bila saya akan masuk pertandingan cam gini???

Bola ini yang selalu buat saya gementar bila tiap kali untuk menyambutnya.
(salah bola ker kalau saya yang gelabah terlebih??? )

p/s : sapa2 ada cadangan atau kaedah untuk menghilangkan perasaan gementar dan gelabah??..kalau ada, tolong bagi tahu saya k..i need your help..(^~^)

Saturday, July 31, 2010

Minggu Halawatul Rhabitah

Tengah hari tadi berakhir sudah minggu halawatul rhabitah anjuran HELWI (hal ehwal wanita)..pelbagai program telah dijalankan..antaranya forum yang bertajuk 
Mengemudi Izzah Keunggulan Muslimah..
saya sangat takut apabila mendengar forum ini...sekadar peringatan : 
  • 257,411 - sijil pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf bermula dari tahun 2000 hingga 2008.
  • setiap 14.5 minit lahir seorang anak luar nikah yang dilahirkan di MALAYSIA.
Sekadar teguran dan muhasabah diri : 
  • Bangunlah wahai muslimat semua, ramai lagi kawan2 kita yang terleka di luar sana. Tugas kita adalah menujukkan jalan kebenaran,..sama2 lah berusaha mencapai cinta hakiki..
  • Manfaatkan peluang yang ada.. P : 9 Emosi, 1 Logik.. L : 1 Emosi, 9 Logik.
  • Jadikan Balqis, Sumayyah dan Ummu Salamah sebagai role model..
  • Jaga tutur kata iaitu BERHATI-HATI bila berbicara.
  • Jaga tingkah laku, JANGAN IKUT NAFSU semata-mata.
  • Jaga pakaian sebagai cermin PERIBADI ISLAM.
A Short Cut To Paradise
Apabila seseorang wanita (isteri) itu telah solat lima waktu, 
puasa di bulan ramadhan, 
menjaga maruahnya dan taat perintah suami akan dijemput di akhirat masuk 
syurga di pintu mana ia suka (mengikut pilihannya)    
(H.R Rahman)

Marilah bersama-sama amalkan doa ini :
Ya Allah, bantulah aku untuk bertaubat kepada-MU
Ya Allah bantulah aku untuk beribadat kepada-MU
Ya Allah bantulah aku bersyukur kepada-MU


Wednesday, July 28, 2010

MuHaSaBaH DiRi

Assalamualaikum..apa khabar semua???..harapnya ceria2 selalu..moga berada dalam keadaan luar biasa bagus hendaknya..Alhamdulilah,.kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus berpijak di muka bumi ini..jadi, gunakalnah sebaik mungkin..mati itu boleh datang dengan tiba-tiba dan ia juga di luar jangkaan kita..semua nya sudah tertera dlam qada' dan qada..

Saya teringin untuk berkongsi sebuah cerita dan insyaAllah kita boleh sama2 mengambil pengajaran daripada cerita ini..

Si A telah diamanahakan untuk mengecat kelas dan dia telah membuatnya dengan hati terbuka..setelah selesai mengecat sebahagian kawasan, dia telah berhenti untuk solat dan berehat sebentar..dia telah membasuh segala kotoran di tangannya dengan kadar segera..kotoran itu mudah dihilangkan.. Selepas itu , dia menyambung mengecat lagi selepas solat zuhur,..selepas selesai mengecat dia telah terus membuat pekerjaan lain tanpa membasuh tangannya....akibatnya, kotoran di tangannya itu sukar untuk hilang dan memerlukan masa yang lama untuk hilang..

Jadi, apa pengajaran yang kita boleh amik dari kisah ini..cuba fikir2kan...

ok..kita boleh bayangkan yang kotoran itu adalah titik2 hitam dalam hati manusia..titik2 ini akan sukar untuk hilang jika dibiarkan terlalu lama..tetapi, jika kita membasuhnya dengan kadar segera ..InsyaAllah titik2 ini akan mudah hilang.. cara untuk menghilangkannya ialah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan..tapi, jika kita sering membuat dosa..titik2 ini akan bertambah dan mungkin  payah untuk dibersihkan..kita pun tahu satu kebaikan yang kita buat akan hilang satu titik..tetapi, apabila satu kejahatan yang kita buat, akan bertambah satu titik dalam hati kita..

Jadi, adakah kita mahu hati kita penuh dengan titik2 hitam sehingga sukar untuk dihilangkan..ataupun kita mahu hati kita bersih dan kita boleh merasai ketenangan hidup dalam dunia dan akhirat kelak..

Pilihan ada di tangan kita..kalau kita mahu berubah, kita akan berusaha untuk berubah..
Bak kata pepatah " Hendak seribu daya, tak nak seribu dalil"

InsyaAllah, Allah akan membantu hamba2 nya yang berusaha..sama-samalah muhasabah diri..ingatan untuk saya sendiri dan semua yang tersayang..

I MIss Mak N Ayah a lot..=(

Tadi terbaca blog abang afie..abang afie cerita keadaan ayah dia semasa di hospital..dengan secara tak sengaja air mata ini dengan mudah jatuh meleleh..
erm,,..i really miss my mum and my father..
saya pelik kalau dulu saya tak pernah rasa rindu jauh sekali rasa sedih bila tinggal jauh2..
tapi kalau sekarang pantang jer orang sebut pasal mak, sebut pasal ayah..
mesti tersentuh hati..mesti teringat..mesti rasa cam nak balik masa tue jugak..arrghhhhh..tak suka perasaan ini...sangat2 tak suka..lagi2 kalau ada kawan2 yang sebut nak balik rumah lah mingguu nie...ggrrr,..tolong jangan cakap pasal rumah dengan saya..tapi, alhamdulilah...rumah saya dekat..saya dapat bayangkan kalau saya still kat dungun mesti saya dah homesick...hahah..Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Allah tahu saya belum mampu untuk berjauhan dengan family lagi..thanks Allah..saya bersyukur sangat ...
nasib baik ada kawan2 yang memahami..saya bukanlah anak manja tapi saya seorang yang suka memanjakan diri...yelah.,..kalau orang lain nak manja dengan dorang punya BF ker GF ker..pergilah manja dengan sapa2 pun..saya nak manja dengan family saya jer..
dengan kawan2 saya jer..bukan dengan lelaki ajnabi...
mak, ayah..fisha balik lagi tiga minggu yer...tunggu taw ( macam la mak aku tunggu aku balik??..ermmm nasib la tunggu ke tak..lantaklah..janji nak balik rumah masa awal ramadhan..)

Tuesday, July 27, 2010

Weekend yang berilmu

Assalamulaikum semua..apa khabar anda semua..ok..mulai sekarang kalau ada orang tanya apa khabar anda..jawab gini yer.."Alhamdulilah luar biasa Allah Akbar..alhamdulilah..ok nk cerita sikit nie..sabtu dan ahad baru2 nie..kiranya semalam dan kelmarin saya telah mengikuti satu program under usrah iaitu ISK (ini sejarah kita) ..saya ingat program nie cam ceramah yang pernah dengar sebelum ini..tapi, program ini totally diferrent dengan program ceramah sebelum ini..sangat2 best..

Program ini cerita mengenai peranan kita sebagai seorang individu muslim..baru saya tahu sebenarnya sebagai seorang islam kita mempunyai dua peranan iaitu khalifah dan ibadah..huhu..itu sebenarnya tujuan kita dilahirkan di atas muka bumi ini..tengok tue..dah 19 tahun hidup baru tahu tujuan hidup..memang x de matlamat ler nafisah ni..yelah, selama ini rasa kita hnya perlu ikut apa yang Allah seuruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..x de pun pernah dengar teori macam ini..tak per..ilmu baru tuh..dalam program ini juga terdapat pengkisahan tentang sejarah2 islam terdahulu..macam zaman makkah, zaman khulafa ar rasyidin, uthmaniyah. abbasiyah, dan lain2 lagi...kalau nak diikutkan zaman kita sekarang ini , malaysia amnya sama seperti zaman makkah, iaitu zaman jahiliyah..yelah, kita hanya ada dakwah, kita x de daulah, kita x de khalifah, dan kita tak de tamadun...sampai tahap ini islam yang kita bangga-bangga kan tapi sering saja tinggalkan suruhan nya.memang benar kita perlu bermula dengan usrah..dengan menyertai usrah ilmu agama kita dapat dipertingkatkan..kita bukan hanya hidup di dunia bahkan di akhirat itu penentu segalanya..adakah amalan kita cukup menjanjikan syurga di tangan..??? 

Ya Allah, memang takut kalau dengar cerita tentang amalan, dosa, pahala..kalau nak diikutkan saya memang belum layak langsung untuk menyentuh syurga ..dalam pada masa yang sama, saya meraskan diri ini serba kekurangan..banyak benda baru yang saya dapat bila ikut program sebegini..ok, ..
(banyak jer benda2 lagha yang selalu saya buat..takutnya..)

Setiap kali sesi slot program, akan ada satu atau dua ayat Al-Quran dibacakan apabila kisah penceritaanya berkaitan..dan tetiba la nama saya dipanggil untuk membacakan sepotong ayat..aduh,..saya dah tak keruan..dah lah ayat tue banyak huruf "R"..dah kompem2 terbelit2 lidah ni..saya pun baca dengan keadaan segan dan sedih sebab dulu tak pernah belajar ngaji betul2..rasa macam nak nangis jer,.yelah, kalau nak diikutkan semua para peserta memang lulusan agama dan bertudung labuh..saya pun pakai tudung labuh masa tue,..tapi, bila ngaji tergagap-gagap..beberapa kali dibetulkan bacaan..segan sih...masa nie saya memang teringat kat ayah..teringat kat mak..nak jer jerit .." Ayah, ajar fisha ngaji sekarang...fisha nak belajar ngaji dengan cara yang betul..tolong, anak ayah nie nak berubah jadi orang yang "baik " .." Ya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian..alhamdulilah, kau tunjukkan saya jalan ke arah kebaikan dengan menempatkan saya di maktab islam ini..kalau tak mesti saya masih lagi terleka dengan hiasan dunia semata...
Teringat kata2 kak zati ( akak usrah saya ) mengenai aurat .
" Fisha, kalau kita nak tahu kita nie tutup aurat mengikut islam ke tak ..cuba kita tengok pakaian kita sesuai tak untuk solat..yelah, kalau kita nak solat kita tutup aurat..jadi, cuba tengok adakah pakaian kita sesuai untuk mendirikan solat ??.." 
( saya hanya senyum tersimpul sambil kepala ligat berfikir ..betul gak ...)

Ps : sekarang dalam proses untuk menutup aurat sepenuhnya..berusaha untuk mengelakkan diri daripada menutup aurat tetapi bertelanjang...kawan2,mak, ayah, ..bantu saya..banyak dUgaan zaman sekarang ini..Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini..ampunilah hambamu ini..








Saturday, July 24, 2010

Serius BOSAN !!!!!

Minggu nie tak balik rumah sebab esok saya ada program Ini Sejarah Kita (ISK) dengan kak siti..tapi, minggu nie la jugak budak2 floor saya ramai yang balik..jadinya sunyi sepi tak berlagu ler lorong gelap nie..aduh..nasib baik ada roomate yang setia menemani..aggrrhhh..sekarang nie assigment belum dapat lagi, 
jadi masing2 nak balik rumah memandangkan kerja tak banyak lagi..
disebabkan minggu lepas saya dah balik jadi tak de lah rasa 
ralat sangat tak balik minggu nie...minggu depan pun tak boleh balik sebab ada 
program helwi dan semua pelajar muslimat diwajibkan hadir..

Minggu depannya pun tak boleh balik jugak sebab ada kelas ganti untuk raya..that means saya terpaksa balik minggu depannya lagi..kira2 3 minggu lagi baru saya akan menjejakkan kaki ke rumah tercinta iaitu pada awal minggu ramadhan..bosannya..tak per lah asalkan dapat sambut awal ramadhan kat rumah..ermm,,..sejak petang tadi kerja saya ialah membaca blog2 kawan2 saya..sebab nya ada kerja tapi rasa cam tak de mood nak buat..
nanti2 dulu yer..hari nie kita rehat kan fikiran dulu..

Esok, dah kena dengar ceramah pasal islam..hari isnin lak ada projek kajian lapangan under ks ( kajian sosial) kat sg congkak..tapi, sampai sekarang saya tak dapat bayangan kena buat kajian pasal apa..tak per..nanti saya akan cuba bertanya kepada budak major KS..semuanya bisa diatur,.,,sebelum itu,..serius saya sangat2 bosan ketika ini..semua status kat FB adalah berkaitan dengan keseronokan berada di  rumah..dan kebanyakkan rakan saya sedang berada di rumah sekarang ini..Alhamdulilah.,..
saya masih berada di hostel IPIS..sangat2 ingin berada di rumah ketika ini..

I LUV THEM SO MUCH..(~,~)
My luvly family

My BFF

Tuesday, July 20, 2010

TaKziah untuk Afie

Semalam ayah classmate saya iaitu Afiqah telah kembali ke rahmatullah..tepat jam 8.15 ayahnya telah selamat berada di alam lain..salam takziah untuk afie keluarga..kami mendoakan yang terbaik buat afie..kami telah berkonvoi untuk menziarahi afie..walaupun agak jauh perjalanannya, tetapi, disebabkan rasa bertanggungjawab sebagai seorang kawan...kami telah sepakat untuk menyewa kereta untuk ke parit sulong, Batu Pahat, Johor..erm, nie lah first time aku pergi johor..selama nie aku hanya menjejakkan kaki ke Tangkak dan Muar..selain itu, tidak pernah lagi rasanya..dan inilah first time aku naik kereta dengan dak lelaki (kalau mak tahu nie, mampus aku kena leter)..maafkan fisha mak, terpaksa..nak lawat kawan..huhu.. FUhhh..penat sih walaupun bukan aku yang memandu..kami tiba di maktab pada jam 10.40 malam..takut jer kena tahan kat pak guard..nasib baik pak guard tue ok jer..

Pada hari sabtu lepas, satu majlis doa selamat telah diadakan di rumah saya..semua sanak saudara saya telah berkumpul kecuali Mak Chah yang tidak dapat menghadirkan diri...saya sangat gembira ketika ini..



Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. 

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban) 


Thursday, July 15, 2010

Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi ...kepada DIri SEndIri...=)

Hari ini genap umur saya 19 tahun ..umur yang Allah pinjamkan kepada diri ini..hari ini merupakan hari yang saya sangat2 gembira..yelah..siapa yang tak gembira kalau tibanya hari jadi..ahaks..saya dah tua..

Terima kasih kepada semua rakan2 yang wish..sangat terharu..asyik kena usik jer masa kat kelas..saya memang gelak besar hari ini..yang paling terharu orang yang saya minat tapi dia hanya anggap saya kawan biasa merupakan orang first yang wish..tepat jam 12 malam..selepas itu barulah kawan baik saya, Adilah yang tak pernah terlepas untuk menjadi orang yang terawal wish..apa2 pun thanks atas ucapan kalian semua..Memang rasa sangat2 GeMbIrA ketika ini..




Terdapat satu ucapan yang sangat menusuk kalbu yang telah membuatkan saya terfikir sejenak..nak tahu x siapa yang antar..erm, Mak Chah yang antar messages nie..

"Salam. 3 Sya'ban. Usia 19 tahun Allah pinjamkan lagi. 
Renungi apa yang telah engkau kecapi selama ini. 
Bersyukur. Jaga solat 5 waktu., tepati waktunya, 
Baca Al-Quran, tambah amalan sunat, Selamat Lahir. "

Alhamdulilah..semoga saya akan menjadi antara hamba-hambanya yang soleh..Ya Allah, permudahkanlah urusanku..

Ketika ini :
1. teringat kawan2 kat UITM yang pernah membuat surprises party menyambut hari jadi saya walaupun pada masa itu kami hanya baru berkenalan kira2 2 minggu..terharu sangat masa itu. 
2. Tidak sabar untuk pulang ke rumah pada hari sabtu ini untuk menyambut hari jadi bersama-sama nenek tercinta..akan diadakan juga tahlil untuk arwah Atuk Othman.
3. Sedih apabila mengetahui ayah afie ( budak kelas saya) sedang tenat ketika ini. Moga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah..
4. Teringat Atuk Bujang yang ketika ini sudah tidak berupaya untuk berjalan..hanya duduk di atas kerusi ..semoga Allah permudahkan segalanya..



Post kali ini menjadi panjang isinya kerana terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku tika ini..Harapnya semua akan bisa sabar dan tabah menghadapi dugaanya..Ingatlah ujian itu juga merupakan rezeki daripada Allah..rezeki ini hanya buat orang2 yang terpilih..tetapi, harus diingat juga bahawa kesenangan itu juga merupakan ujian daripada Allah..sama2 lah kita berusaha menjadi hamba yang soleh serta solehah..hidup hanya pinjaman..akhirat jua kekal akhirnya..beramallah selagi kita masih bernafas..ingatan buat semua..

Tuesday, July 13, 2010

GeMuRuH - FaIzAl TahIr..

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

(terus addicted dengan lagu nie bila nyanyi ramai2 masa buat human graphic..sebelum nie dengar tapi x de perasaan pun..kali nie betul2 dah jatuh rahang dengar lagu nie..ahaks..suka sangat2..rasa sangat  bersemangat..thanks faizal tahir untuk lagu yang best..semangat..chaiyok2..gambate..)

Pengalaman Mengajar Kita

Saya sengaja menggunakan ungkapan ini bagi permulaan post kali ini..Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja selesai membuat persembahan Human Graphic sempena Kejohanan sukan sekolah-sekolah Asia..kejohanan kali ini merupakan kali kedua diadakan..kami telah menjalani latihan dari hari ahad dan kemuncaknya adalh pada hari ini..tahu x apa itu Human Graphic tue??? Human graphic itu digunakan untuk membina perkataan..jadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dan sempit dan pada masa yang sama mengangkat warna yang dikehendaki agar dapat membina perkataan daripada ratusan pelajar.. Ini merupakan pengalaman saya yang ketiga melakukan benda alah ini yang saya rasa sangat membazir dan membuang masa saya..ok, dah lah kitaorang diarahkan untuk pergi..jap, DIWAJIBKAN untuk pergi..tapi, kuliah perlu diganti..pergh...dah lah penat buat benda alah nie..pastu, balik maktab kena prepare time untuk ganti kuliah..aduh, menyusahkan orang jelah..cuba lah undang-undang atau peraturan yang dibuat tue x nyusahkan orang lain boleh x?? lagi satu..saya merasakan satu pembaziran untuk melakukan persembahan ini..dalam keadaan negara yang kesempitan wang sudah pasti kita memerlukan penjimatan dari pelbagai sudut..dan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran..kami diberikan sehelai t-shirt, topi dan beg..tetapi, saya bersyukur kerana pelbagai pengajaran yang dapat saya perolehi melalui pengalaman kali ini..ya, berbalik kepada tajuk saya..sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas..dalam keadaan yang sempit, saya banyak teringat mengenai kekuasaan Allah..Yelah, pada masa itu, saya telah membayangkan macam mana lah kehidupan manusia lain yang hidup dalam kesusahan..nak duduk rumah x de..nak makan duit x de..nak tido tilam x de...arghhhh..saya tidak boleh membayangkan jika suatu hari nanti apabila saya bangun dari tidur, saya bukan lagi berada di dunia yang fana ini..tetapi, berada             di alam yang lain..sedangkan amalan saya belum cukup untuk menempatkan saya di syurga miliknya..
Ya Allah, permudahkan urusanku..Engkau limpahkan lah dugaan yang aku mampu untuk tanggung agar aku akan sentiasa mengingatimu dalam apa jua keadaan..(tiba2 teringat mak dan ayah)..Rindu lah kat dorang semua..tidak mengapa...
minggu nie saya balik rumah..hihi,.Mak, fisha rindu...Ayah, fisha rindu...(^_^)

Thursday, July 8, 2010

About feeling

Macam2 perasaan yang akan kita rasakan hari. Adakala kita sedih, gembira, marah, kecewa, geram dan sebagainya. Ini yang dipanggil emosi. Adakala juga emosi kita berubah sekelip mata. Perasaan ini juga dialami oleh saya. Nak dijadikan cerita, IPGM saya telah menganjurkan kempen derma darah secara kecil-kecilan. Ini sebagai projek bagi kursus Bina Insan Guru. Saya pun dengan sedikit teruja dan takut telah melapangkan dada untuk turut menderma. Tetapi, saya tahu saya ini kategori kurang darah. Saja jer nak cuba lagi. Mana tahu kot2 boleh derma. Sebelum kita boleh menderma, darah kita akan diambil sedikit untuk mengetahui adakah darah kita sesuai untuk diguna pakai. Alih2 akak tu kata gini "Sorilah dik, darah adik cair, adik kurang darah". Saya dengan perasaan hampa keluar daripada bilik itu. Tetapi, saya tetap bangga kerana kebanyakkan rakan saya telah turut sama menderma darah. 

Pada malam itu pula, seorang rakan saya telah sudi untuk memeriksa mata saya. Dia telah belajar ilmu ini semasa kursus HPA. Saya pun nak pergi kursus itu, tapi, kesempitan wang. InsyaAllah, saya juga akan berkesempatan untuk ke kursus seperti itu. Doakan saya yer..OK..Menurut dia, saya ini boleh dikategorikan seorang yang mempunyai tekanan darah rendah. Tambah dia lagi, Imuniti badan saya pada tahap kedua  tapi nak masuk tahap ketiga. kalau keempat, dah kira parah. Nutrisi dalam badan juga dikatakan mula kekurangan. Saya akui badan saya mudah pening jika berdiri terlalu lama. Jadi, saya diminta untuk mencari suplemen tambahan agar tubuh badan kita dapat melawan segala jenis penyakit. Dan dia telah mencadangkan produk HPA ...huhu..kalau nak jual barang mestilah kena tahu produk apa yang sesuai untuk pelanggan kita..Perasaan saya masa tue bercampur baur..saya ingat saya nie sihat, sebab cam ok jer..yelah, kalau nak diikutkan selama nie saya boleh jer berkawad, berlari, camping dan macam2 lagi aktiviti lasak tanpa ada gangguan..penat sikit tue ada lah..rupanya tekanan darah rendah ini boleh terdorong ke arah leukimia jika tidak diberi perhatian sewajarnya..jadi takut saya..kecut perut bila dengar..aahhh...takut...Jadi, saya pun beli lah madu dan roselle seperti yang dicadangkan..doakan saya agar saya boleh kekal sihat sentiasa..

Mintak maaflah hari ini ada banyak cerita yang ingin aku sampaikan..Pagi tadi, pertandingan Road Relay telah diadakan. Alhamdulilah, kelas kami menduduki kedudukan yang baik. Kumpulan peserta lelaki yang terdiri daripada Zamir, Azmil,Usaid dan Ala telah berjaya mendudki tempat pertama. Kumpulan perempuan pula yang terdiri daripada Iqa, Bella, Bit dan saya hanya mendapat tempat keempat..alah, ok jugak..Tahniah diucapkan..daripada lebih 20 kuliah, kita berjaya mendapat tempat..takpe, tahun depan boleh cuba lagi..chaiyok2..siapa kata orang kurang darah x leh lari..walaupu, memang rasa macam nak pengsan tadi. semua peserta terpaksa berlari kira-kira 1.5 km untuk mencukupkan satu pusingan seorang/..masa tue rasa gembira sangat2..alhamdulilah, Allah sangat banyak membantu saya..Kita sambung cerita lain kali pulak yer..=)

Tuesday, July 6, 2010

I'M SORRY

Saya tak tahu kenapa dengan hari ini..macam2 benda berlaku yang sangat2 menguji tahap kesabaran saya..jadi, dengan secara tidak sengaja ada beberapa insan yang free2 jer kena marah ...sorry..emosi saya kurang stabil hari ini..tak pasal orang lain yang jadi mangsa...dah lah badan tak berapa
nak sihat nie..tetiba jer, nak buat saya naik angin..apa2 pun, maafkan saya..EMOSI saya 
terganggu hari ini..