Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Monday, August 9, 2010

Kesan Minum Ais

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, 
artikel ini sesuai untuk anda baca.  
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus,
 ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan   menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.  

Sedikit Informasi tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung 
akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.  
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.  
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama  serangan jantung.  
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  
Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.  
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..  
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

INGAT ..MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

1 comment:

Fadzlin said...

citation needed. :P