Hari ini tepat 22 hari kita melayari bulan Ramadhan. Saya bercuti hari ini setelah selesai berkampung di Putrajaya selama 10 hari sempena Hari Kemerdekaan. Kami diminta untuk membuat persembahan Human Graphic. Ini merupakan kali keempat saya menyertai persemabahan ini. Kami diminta mengangkat bendera bagi membentuk perkataan. Perkataan yang terbentuk itu adalah tajuk bagi setiap segmen yang berlangsung di tengah stadium. Pada kali ini sambutan hari kemerdekaan telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil buat julung-julung kalinya. Sambutan ini juga dicatatkan dalan Malaysia Book Of Records kerana ianya merupakan sambutan hari kemerdekaan yang pertama diadakan tanpa perarakan.
Pengalaman ini sangat berharga dan pastinya akan dikenang selama-lamanya. Pelbagai peristiwa pahit dan manis yang telah berlaku. Semoga pengalaman ini akan mematangkan diri saya Namun, pastinya peristiwa pahit yang menimpa diri ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Saya akan lebih berhati-hati kala berbicara. Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Manusia itu hanya akan berjaya jika belajar dari kesilapan yang dilakukan. Insya Allah. Moga Allah permudahkan segalanya.
Sedikit gambar hasil persembahan kami..SAKSIKAN..
Tidak lupa juga untuk mengambil gambar sendiri