Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Tuesday, October 26, 2010

Saja

Sudah lama rasanya saya tidak menulis entri terbaru. Niat dah ada. Cuma, belum dilaksanakan. Sikap bertangguh memang sudah serasi berkurun lama. Kalau mood baik, baru lah nak buat awal-awal sikit. Saya rasa mana-mana saya pergi, saya akan jumpa perangai yang sama sahaja.  Kalau dah namanya manusia, perangai negatif tetap ada dalam diri. Kalau dah namanya manusia, perangai pentingkan diri mesti terselit jua walau sebesar zarah pun. 
      Kadang-kadang saya pun agak angin bila melihat perangai manusia yang entah apa-apa. Saya tahu mana mungkin ada manusia sempurna di dunia ini. namun, jika manusia itu tidak pernah berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna, Allah sendiri tidak ingin membantu. 
    Allah pernah berkata tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang berusaha untuk berubah. Sudah jelas lagi bersuluh. Kalau kita tidak berusaha, mana mungkin kita akan mendapat apa yang dihajati. Sama lah seperti sikap kita sendiri. Jikalau kita tetap berdegil dengan perangai yang sedia ada, tidak langsung memperdulikan teguran rakan-rakan lain, pastinya perangai itu kekal selamanya dan mungkin akan menjadi lebih teruk lagi. 
   Saya juga bukan lah manusia “perfect” tapi, saya berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna di hadapan-Nya. Saya juga sentiasa berdoa mereka semua seniat dengan saya. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan serta dosa. Di situlah pentingnya kawan dan keluarga. Kehadiran mereka adalah untuk memberi teguran serta menasihati kita. Jadi, siapkan lah telinga untuk segala teguran dan terima lah dengan hati terbuka. Saya sangat bersyukur dicampakan ke MPI ini yang saya kira sebagai hidayah dari Allah. Saya mula membuka mata mengenai islam serta peranan kita sebagai seorang muslim. Kini, saya sedang berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi hamba islam yang sebenar. Doakan saya. InsyaAllah, Allah akan membantu hambanya yang berusaha. Marilah sama-sama mencari keredhaan-Nya. Amin. 

Monday, October 18, 2010

Renungan Bersama (^-^)

Kita sering menghadapi pelbagai emosi setiap hari.
 Gembira
Stress
 Kadang-kadang kecewa
Letih dengan kerja yang tak pernah habis

Kita sering mengeluh dan bertanya
Kenapa itu ? Kenapa ini ? Mengapa jadi begini ? 
Namun, adakah kita lupa..
Sebuah kitab telah memberi panduan..
Memberi ajaran tanpa kita sedari..
Memberi ingatan pada yang ingat padanya
Selidik lah ayat-ayat Al- Quran
Pedoman buat umatnya..

“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ."
(Surah al- Ankabut, ayat 2-3) 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6) 


Sudah. Jangan mengeluh.

Ingatlah..
Allah sentiasa di sisi kita.

Tuesday, October 5, 2010

I'm gonna to miss U


Salam takziah untuk keluarga Thaqifah Malek(gambar atas) yang telah kembali ke rahmatullah semalam dalam lebih kurang pukul 9.10 malam kerana menghidap penyakit leukimia. Thaqifah atau lebih dikenali sebagai qiefa merupakan rakan sekelas saya. Sikapnya yang suka tersenyum dan peramah membuatkan sesiapa sahaja pasti selesa untuk berkawan dengannya. Qiefa telah disahkan menghidap penyakit ini awal bulan dua tahun ini. Walaupun menanggung sakit yang amat sangat, qiefa lebih senang mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Qiefa seharusnya menjalani rawatan di hospital namun dek kerana takut perlu menangguh semester kerana berada lama di wad, Qiefa hanya menjalani rawatan secara tradisional. Kesannya, penyakit yang dihadapinya makin teruk dari sehari ke sehari. Walau bagaimanapun, Qiefa masih mampu tersenyum dan mengatakan dia sudah sihat. Gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat kami rakamkan ketika menjalani rekreasi di Pulau Pangkor seusai cuti raya. Semasa berada di Pangkor, keadaan Qiefa semakin teruk sehinggakan dia terpaksa dipapah untuk berjalan. Kaki beliau sudah tidak mampu untuk berdiri tegak. Qiefa terus pulang ke rumahnya di Batu Pahat dan mendapat cuti selama seminggu. Sabtu lepas kami mendapat berita Qiefa ditahan di Hospital Batu Pahat. Matanya bengkak, ada jangkitan di paru-paru, ada darah beku di otak serta gigi, gusi, lidah semuanya telah berdarah. Dengan kadar segera Qiefa dipindahkan ke HUKM. Kami sekelas sempat melawat beliau pada hari ahad. Beliau ternyata lemah dan tidak bermaya. Petang semalam kami mendapat berita mengatakan Qiefa sudah koma. Jadi, saya mengambil keputusan untuk melawatnya selepas Isyak. Dalam perjalanan ke HUKM, saya mendapat mesej mengatakan Qiefa telah dipanggil menghadap illahi. Pagi tadi, selamat sudah upacara pengebumian Qiefa di rumah atuknya di Cheras. Saya bukanlah antara insan yang rapat dengan beliau. Tetapi, pemergian beliau sangat memberi kesan kepada semua ahli kelas saya. Jalinan persahabatan yang terbina tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kini, hanya tinggal 19 ahli PPISMP 3.07. Saya akan sentiasa merindui Thaqifah Malek. Jasa baiknya akan selalu saya ingat untuk dijadikan pedoman. Ketabahan beliau menanggung sakit akan saya jadikan contoh dalam menghadapi hari mendatang. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada  arwah Thaqifah Malek. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya  bersama-sama dengan orang yang beriman. InsyaALLAH.