Saya sekarang sedang berusaha untuk menghafal dan mengingati bab-bab yang ada dalam mata pelajaran Kajian Sosial. Kalau sudah khatam Kajian Sosial, saya boleh memulakan ulang kaji untuk Pendidikan Jasmani pula. Saya juga dalam keadaan kebosanan kerana teman sebilik saya masih lagi berada di rumah dan hanya akan balik pada hari rabu. Kertas dia pada hari Khamis. Alangkah indahnya jikalau masih berada di rumah. Mula merasai badan ini perlu berehat. Tidur. Kertas Kajian Sosial hari rabu ini manakala Pendidikan Jasmani keesokannya. Doakan saya. Semester terakhir PPISMP. Tahun hadapan bermula lah PISPM (Ijazah). InsyaAllah.