Di meja belajar asrama, saya suka menampal apa jua bahan yang menarik. Salah satunya ialah gambar di atas ini. Saya sendiri sudah lupa tahun bila gambar ini diambil. Seingat saya ketika ini Kak Long masih belum berkahwin. Mungkin tiga tahun lepas. Menariknya mengenai gambar ini ialah saya akan tatap gambar ini sebelum memulakan apa-apa pekerjaan. Sesekali, air mata ini jatuh apabila menatap gambar ini. Secara tidak sedar, gambar ini menjadi sumber inspirasi untuk saya belajar lebih tekun. Saya belajar bukan untuk saya seorang sahaja tetapi untuk insan lain juga iaitu keluarga. Aura gambar ini juga menjadi penguat semangat saya ketika saya melalui fasa-fasa yang rumit. Sekarang ini saya sangat-sangat merindui mereka. Tiga minggu tidak pulang ke rumah merupakan dugaan yang berat. Saya akui masih belum kuat jika dipostingkan jauh dari rumah. Buktinya saya menangis ketika membaca blog Kak Nadiah menceritakan perihal peribadi kami adik beradik. Tetapi, rencana Allah lebih baik dari segalanya. Jika itu yang terbaik buat saya, saya akan lalui dengan semangat yang kental. Moga Allah menjaga mereka buat saya :)