Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Tuesday, October 5, 2010

I'm gonna to miss U


Salam takziah untuk keluarga Thaqifah Malek(gambar atas) yang telah kembali ke rahmatullah semalam dalam lebih kurang pukul 9.10 malam kerana menghidap penyakit leukimia. Thaqifah atau lebih dikenali sebagai qiefa merupakan rakan sekelas saya. Sikapnya yang suka tersenyum dan peramah membuatkan sesiapa sahaja pasti selesa untuk berkawan dengannya. Qiefa telah disahkan menghidap penyakit ini awal bulan dua tahun ini. Walaupun menanggung sakit yang amat sangat, qiefa lebih senang mendiamkan diri dengan alasan tidak mahu menyusahkan orang lain. Qiefa seharusnya menjalani rawatan di hospital namun dek kerana takut perlu menangguh semester kerana berada lama di wad, Qiefa hanya menjalani rawatan secara tradisional. Kesannya, penyakit yang dihadapinya makin teruk dari sehari ke sehari. Walau bagaimanapun, Qiefa masih mampu tersenyum dan mengatakan dia sudah sihat. Gambar di atas merupakan gambar terakhir yang sempat kami rakamkan ketika menjalani rekreasi di Pulau Pangkor seusai cuti raya. Semasa berada di Pangkor, keadaan Qiefa semakin teruk sehinggakan dia terpaksa dipapah untuk berjalan. Kaki beliau sudah tidak mampu untuk berdiri tegak. Qiefa terus pulang ke rumahnya di Batu Pahat dan mendapat cuti selama seminggu. Sabtu lepas kami mendapat berita Qiefa ditahan di Hospital Batu Pahat. Matanya bengkak, ada jangkitan di paru-paru, ada darah beku di otak serta gigi, gusi, lidah semuanya telah berdarah. Dengan kadar segera Qiefa dipindahkan ke HUKM. Kami sekelas sempat melawat beliau pada hari ahad. Beliau ternyata lemah dan tidak bermaya. Petang semalam kami mendapat berita mengatakan Qiefa sudah koma. Jadi, saya mengambil keputusan untuk melawatnya selepas Isyak. Dalam perjalanan ke HUKM, saya mendapat mesej mengatakan Qiefa telah dipanggil menghadap illahi. Pagi tadi, selamat sudah upacara pengebumian Qiefa di rumah atuknya di Cheras. Saya bukanlah antara insan yang rapat dengan beliau. Tetapi, pemergian beliau sangat memberi kesan kepada semua ahli kelas saya. Jalinan persahabatan yang terbina tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Kini, hanya tinggal 19 ahli PPISMP 3.07. Saya akan sentiasa merindui Thaqifah Malek. Jasa baiknya akan selalu saya ingat untuk dijadikan pedoman. Ketabahan beliau menanggung sakit akan saya jadikan contoh dalam menghadapi hari mendatang. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada  arwah Thaqifah Malek. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya  bersama-sama dengan orang yang beriman. InsyaALLAH. 

9 comments:

Who is she? said...

takziah...

azizah said...

Salam takziah. Mari kita sedekahkah Al fatihah, moga ruhnya dicucuri rahmat. Tahniah Nafisah.. tulisan semakin baik :-)

iqapika said...

alfatihah kpd arwah thaqifah..

Nafisah said...

Terima kasih semua..

Acik : =)

syafiqah said...

takziah..
kdg2 x sgka kan..
kjap jew allah nk trik..
aq br jew tgk video umaira ptg tue n malam 2 aq dpt brite qiefa da tadew..

Hussin said...

dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali....

Fisah:
Cuma nak betulkan tajuk sikit, the title should be either "I'm gonna miss u" or "I'm going to miss you" yang ada sekarang nie "to" is redundant.

Nafisah said...

Pak long :
Terima kasih atas teguran. Memang tak pernah tahu yang perkataan "to" tak perlu ada. Fisah akan terus belajar selepas ini..=)

Fiq Fikri said...

takziah kpada ahli keluarga

Nafisah said...

fiq : amin..sama2 sedekahkan AL-Fatihah