Alhamdulilah, kita masih lagi diberi nafas untuk menghirup udara segar. Masih berkesempatan merasai nikmat iman dan islam. Adapun begitu sejauh mana rasa syukur kita? bagaimana caranya kita luahkan rasa syukur ini ? hanya dengan melakukan amalan wajib sahaja atau pun hanya bersyukur tatkala mendapat kejayaan dan berdukacita tatkala mendapat keputusan yang tidak seperti diharapkan. Keputusan peperiksaan semester lepas baharu sahaja keluar. Alhamdulilah, keputusan saya pada kali ini lebih tinggi berbanding keputusan sebelum ini. Subjek yang saya kira mampu mendapat A tidak pula mendapat A, manakala subjek yang saya sudah redha seawalnya kerana agak sukar dan memerlukan kita menghafalnya pula mendapat A. Apa-apa pun itu adalah rezeki dari Allah. Kita telah berusaha dan berdoa akhirnya kita hanya perlu tawakal kepadanya. Bukankah setiap usaha kita itu akan dinilai olehNya.
Teringat kata-kata akak usrah saya :
"Usaha tidak menatijahkan keputusan, tapi rahmat Allah yang menentukannya".
Dalam kita berusaha, sentiasalah meletakkan rahmat Allah sebagai fokusnya.
Jangan pernah malu melakukan kebaikan. Banggalah dengan diri seorang muslim.