Sudah seminggu saya melayari semester baru. Pada hari pertama iaitu Isnin minggu lepas, PERBAYU (Persatuan Bahasa Melayu) telah mengadakan jualan sempena MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru). Saya selaku setiausaha program jualan pada kali ini pastinya berasa berdebar-debar dan rungsing jika jualan itu gagal. Hal ini kerana segala perancangan adalah dilakukan sewaktu cuti semester. Alhamdulilah, segala perancangan berjalan lancar namun pastinya ada sedikit kekurangan yang berlaku. Itu saya anggap sebagai cabaran dalam melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Sedikit gambar untuk pengkongsian..
Jualan ini bukti bahawa Perbayu mampu aktif kembali selepas lama menyepi. Nantikan program yang lebih menarik selepas ini.
No comments:
Post a Comment