Mengambil masa yang agak lama untuk
memulakan entri ini. Dek ketandusan idea kerana agak lama tidak mengupdate blog
tetapi merasakan pengalaman yang jarang-jarang sebegini harus dikongsi
bersama.
Alhamdulilah pada 8 Jun hingga 12 Jun 2012 yang lepas, saya bersama-sama 29 orang peserta yang lain selamat mengembara berkelana ke negara jiran. Kepayahan serta pelbagai cabaran kami bekerja selama 6 bulan akhirnya menampakkan hasil kerja yang cemerlang. Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) merupakan satu-satunya persatuan di IPG Kampus Pendidikan Islam mengadakan lawatan sambil belajar ke luar negara. Terbit rasa bangga apabila Pengarah turut memuji keberanian persatuan kami walhal kami hanya mempunyai dua kelas BM di sini dalam kira-kira 20 orang pelajar satu kelas. Kami tidak mempunyai junior dan tidak juga mempunyai senior. Kami hanya mempunyai pensyarah-pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu yang kesemuanya berdedikasi membimbing serta mengajar kami erti kehidupan guru sebelum kami melangkah menjadi "Murabbi" yang sebenar. ^_^
Objektif utama lawatan kali ini ialah untuk mengadakan perbincangan dua hala bersama-sama guru-guru program pemulihan di Universitas Pendidikan Indonesia serta mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih Malaysia dengan guru-guru pelatih di Indonesia. Turut tidak ketinggalan adalah lawatan ke Universitas Indonesia, Jakarta, Indonesia.
Kami berkumpul seawal 4.30 pagi berikutan flight kami pada jam 7 pagi. Proses Check In perlu dilakukan 2 jam awal sebelum waktu penerbangan.
Jam 5.30 di LCCT
Leka melihat awan :)
SubhanAllah, Alhamdulilah, Allahuakbar. Tiga perkataan ini sahaja yang boleh mengambarkan perasaan saya apabila selamat tiba di Jakarta. Usaha selama ini tidak sia-sia. Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Ini kejayaan kami bersama. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam tidak menjadi asbab utama untuk saya tidur kerana permandangan di luar kapal terbang sudah cukup untuk melekakan saya.
Begitu indah ciptaan ALLAH.
"Maka nikmat manakah yang kamu dustakan?"
Pasukan BERSIH tidak sabar memulakan pengembaraan.
Sekitar Kota Jakarta yang agak mirip dengan Kuala Lumpur
Mencuba menikmati masakan padang
Kami meneruskan perjalanan ke misi utama lawatan
ini iaitu Universitas Indonesia, JAKARTA. Ini merupakan satu-satunya
universiti yang menggunakan nama Indonesia sebagai nama universiti. Memiliki
tanah sebesar 320 hektar membolehkan pihak universiti menyediakan pelbagai
kemudahan untuk keselesaan pelajar.
Antaranya ialah
satu stesen keretapi khas yang memasuki kawasan kampus untuk memudahkan pelajar
pergi dan pulang dari kuliah. Selain itu, pelajar diwajibkan berspeda setiap
hari iaitu berbasikal agar dapat mengekalkan kecergasan diri. Oleh itu, akan
ada beberapa pondok meletak basikal yang dijaga oleh seorang pengawal.
Masa yang agak
lama kami berjalan memasuki ruang perpustakaan universiti. Hal ini kerana
perpustakaannya memiliki 8 tingkat dan perlu menaiki lif. Tidak hairan apabila
diberitahu jumlah buku yang terdapat di perpustakaan ini ialah antara 3oo-400
ribu. Justeru itu, hanya pelajar terpilih yang mampu mendaftar masuk ke
universiti ini. Dalam kira-kira 100 ribu orang yang memohon setiap tahun, hanya
15 ribu orang yang akan terpilih.
Antara kemudahan yang disediakan.
Melawat perpustakaan
Sekitar bilik persidangan Universitas Indonesia :)
Interaksi antara pelajar universiti dan kami turut diadakan.
Pelbagai persoalan mengenai budaya dan sistem pembelajaran dirungkai
bersama-sama. Perkara menarik yang saya temui ialah sistem pembelajaran
Indonesia lebih berpusat pada negeri masing-masing. Oleh itu, bahasa
Indonesia bukan bahasa rasmi tetapi adalah bahasa persatuan. Selain itu, setiap
sekolah perlu mempelajari bahasa daerah masing-masing seperti bahasa jawa,
sunda, belawi dan macam-macam lagi. Justeru itu, tidak akan ada alasan mereka tidak mengetahui asal usul bahasa mereka sendiri. Tidak akan ada juga yang berani mengatakan "I look stupid when I speak Malay" ... Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Puncak Bandung untuk bermalam di Alfa Villa. Keadaan agak "macet" sepanjang perjalanan. Jadi, ramai yang syahid di alam mimpi..
* Nantikan coretan untuk hari yang berikutnya.
1 comment:
syioknya berjalan2...
Post a Comment