Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Saturday, October 12, 2013

Gelandangan Oh Gelandangan

Khamis yang lalu, saya bersama-sama rakan-rakan guru pelatih telah berjaya menjalankan Projek Dakapan Kasih iaitu projek membantu gelandangan di sekitar Chow Kit dan sekitar Lorong Haji Taib. Projek ini adalah untuk memenuhi proforma khusus bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pada mulanya, kami perlu bertandang ke negeri Perak untuk menjalankan khidmat masyarakat di beberapa kampung yang terpilih. 

Walaubagaimanapun, kita merancang, Allah turut merancang. Pastinya perancangan Allah lebih indah aturannya Ahli Jawatankuasa mula memikirkan alternatif lain. Alhamdulillah, projek memberi sumbangan makanan kepada warga gelandangan menjadi pilihan. Projek ini mendapat kerjasama daripada Cure and Care Centre iaitu pertubuhan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gelandangan bermaksud orang-orang yang 
pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. 

Perasaan takut mulai terasa apabila mendapati kami akan membantu golongan tersebut di sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib. Tetapi, saya bersegera mempositifkan diri mengatakan pada hati bahawa ini adalah pengalaman baru yang perlu dirasai dan dikongsi bersama.

Sebelum itu, aktiviti rewang dilakukan pada waktu paginya. Rewang ini adalah untuk memasak lauk pauk yang akan diberikan nanti. Duit membeli bahan mentah ini adalah hasil daripada sumbangan warga IPG Kampus Pendidikan Islam.


Walaubagaimanpun, saya tidak dapat turut serta menolong kerana perlu menghantar seorang junior blok ke hospital gara-gara sakit perut yang terlampau. Itu merupakan salah satu tugas ketua blok. :) Saya sebenarnya agak ralat tidak dapat membantu kerana saya sememangnya menyukai aktiviti rewang sebegini. Aktiviti rewang sudah menjadi satu kelaziman buat diri ini. Saya melihat aktiviti sebegini mampu melahirkan sikap bertolak ansur, kerjasama, toleransi, menerima pendapat orang lain dan sebagainya.

Petangnya, sebaik sahaja pulang daripada hospital, saya bergegas ke masjid untuk menolong membantu apa-apa pekerjaan yang belum diselesaikan Tetapi, niat utamanya adalah untuk merasai sup tulang yang dimasak oleh rakan sekelas. Selesai makan, saya membantu membungkus makanan dan pulang ke asrama untuk membersihkan diri. 

Kami bertolak selepas maghrib menuju ke destinasi. Sebanyak 16 buah kereta berkonvoi untuk menjalankan program ini. Sebaik sahaja tiba di Cure and Care, Chow Kit, kami diberikan taklimat sebelum bergerak mengikut kumpulan masing-masing.
Encik Faizal Abdullah (berbaju hitam) , ketua kumpulan saya
Muka tidak sabar untuk merasai pengalaman baru :D

Kami dinasihati agar memakai kasut kerana dikhuatiri boleh memijak jarum-jarum suntikan yang dibuang begitu sahaja. Pelbagai ragam gelandangan yang berjaya kami jumpa. Ada yang sedang mencari sisa makanan dalam tong sampah, ada yang sedang tidur beralaskan kotak dan tidak kurang juga yang sedang berlegar-legar di jalanan.  
Setiap lorong-lorong gelap dilalui dengan perasaan berdebar dan teruja. 

Kami turut mengambil peluang mengetuk hotel-hotel kecil untuk memberikan sebungkus makanan. Tangan dihulur, hati berdoa. Ya Allah kurniakanlah hidayah-Mu kepada mereka, terimalah amalan hamba-Mu yang hina ini. 

Bergambar bersama salah seorang anak gelandangan yang beru berusia 9 tahun tetapi menghidap darah tinggi.

Ini tugas kita, ini tugas kita bersama. Umat islam makin meruncing imannya. Allah, bantulah hamba-Mu ini menjalankan amanah-Mu. 


Thursday, September 12, 2013

Bukit Ampang

Selepas Sg Congkak, Bukit Ampang menjadi destinasi seterusnya. Disebabkan masing-masing tidak mempunyai rancangan mengajar, kaki ini terasa gatal ingin berjalan sahaja. Lebih-lebih lagi kami bakal melabuhkan tirai praktikum tidak kurang daripada 2 minggu sahaja. Masa yang ada perlu digunapakai dengan sebaik mungkin. Hehe

Namun, ahli rombongan pada kali ini hanya 7 orang sahaja iaitu 2 orang lelaki dan 5 orang anak dara pingitan. 

-atun-wawa-saya-fina
Teman serumah praktikum

Nampak x KLCC di belakang tu?

Guru praktikum SK Lubok Kelubi

Kami guru praktikum SK Tun Abdul Aziz Majid

Kami turut mempelawa Shafinaz (bertudung corak) yang merupakan guru pelatih daripada IPBM untuk turut sama ke Bukit Ampang. Walaupun, Shafinaz berpraktikum di SK Lubok Kelubi, namun, kami turut rapat kerana beberapa kali keluar bersama-sama.

Aksi meniup. Tiup apa je lah tu.

Moga ukhuwah kami berkekalan. Allah mencintai hambaNya yang mencintai saudara sesama muslim.

Sunday, September 8, 2013

Sg Congkak


Semalam, kami seramai 12 orang yang terdiri daripada guru praktikum di SK Tun Abdul Aziz Majid, SK Lubok Kelubi dan SK Dusun Tua, Hulu Langat. Rancangan ini telah direncanakan seawal kami mendapat tahu bakal berpraktikum di sini. Agak gigih di situ. 

Jarak yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit daripada rumah sewa kami menambahkan lagi keinginan hati untuk berkelah beramai-ramai. Kami turut menjemput rakan praktikum daripada IPG Kampus Bahasa Melayu untuk beriadah bersama-sama. 

Hasil panggangan kami :) 
Hanya gambar guru praktikum IPG KPI. 

Hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja saya di Hulu Langat. Pastinya, saya akan merindui suasana damai ala-ala di Cameron Highland. Airnya yang sejuk, suasana pagi yang nyaman, perjalanan ke sekolah yang diselaputi kabus serta jauh daripada hiruk-piruk bandar. Rindu :) 

Saya juga pasti akan merindui suasana memasak bersama-sama rakan serumah setiap kali pulang ke sekolah. Suasana berkongsi cerita keletah serta kelakuan murid-murid di sekolah. Suasana memerah otak mencari idea untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) setiap malam. Suasana berlatih senamrobik sebelum mengajar Pendidikan Jasmani. 

Ukhuwah kami terjalin di sini. Insha Allah ukhuwah kami kekal hingga ke jannah. Amin.

* Malam tanpa RPH berikutan murid-murid cuti memberi laluan kepada UPSR :) 

Saturday, July 20, 2013

Pilihan

Hidup ini terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Salah satunya adalah membuat pilihan. Pilihan pula datang daripada pelbagai aspek yang memungkinkan kita ragu-ragu untuk membuat keputusan serta perlu berfikir berkali-kali untuk memastikan kita melakukan pilihan yang tepat. 

Di sinilah fungsinya akal yang diberikan sebagai pinjaman kepada manusia untuk meneruskan kehidupan mengejar cinta Illahi. Beruntunglah orang yang menggunakan akal tersebut dengan memilih jalan ke arah kebaikan. Rugilah bagi orang yang menggunakannya untuk perkara sebaliknya. 

Tetapi, adakah benar bahawa setiap pilihan kita tersebut adalah pilihan yang tepat ? Pastinya, kadangkala kita tersalah langkah membuat pilihan yang salah dan percayalah ALLAH sering membuka pintu taubatnya seluas-luasnya lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Jadikan bulan ini sebagai permulaan kita untuk beranjak menjadi manusia yang lebih baik. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik :)  Jom, kawan-kawan, kita balik ke fitrah. Fitrah hidup kita yang asal iaitu menjadi hamba dan khalifah ALLAH di muka bumi ini. Salam Ramadhan



Friday, May 10, 2013

Peperiksaan Oh Peperiksaan

Rasa macam tidak bernafas. 

Baru sahaja ingin melepaskan lelah daripada parktikum, peperiksaan sedang menanti. 

Namun, itu lah antara yang diseru Allah. 

Bersungguh-sunggulah melakukan sesuatu pekerjaan dan apabila selesai pekerjaan itu, maka bersungguh-sungguh lah mengerjakan pekerjaan yang lain. Sungguh beruntung bagi orang yang mengetahui. :)

Oh berderet-deret :) May Allah Ease Everything

Perhatikan betul-betul muka di bawah ini

 Ah ? Macam muka saya je :) Hehehe ... Sila zoom jika tidak nampak.


Indah



2 Melur SK Jalan Tiga
 ruzain - arissa- nana

 pantang melihat kamera

Damia - Nana - Aniqah - Arissa- Farhanah - Fatin 

Mereka lagi

  
Menangis tatkala saya ingin meninggalkan mereka.

 Pensyarah pembimbing ,  Puan Nazariyah binti Mohd Sani
Guru pembimbing, Puan Rosnani binti Mohd Yusof


Tamat sudah praktikum. Masa untuk belajar. Yihaaaaaa

Wednesday, May 1, 2013

Bakal


Cikgu ! 

Panggilan keramat tanpa aku sedari yang akan aku terima sampai bila-bila.

Cinta hujung nyawa. AMIN

Sepi

Letih
Penat
Runsing
Marah
Sedih
Lemah

Diharungi dalam konteks yang berbeza
Keadaan dan situasi yang berbeza
Onak duri yang berbeza
Kekuatan dan semangat yang berbeza

Untuk

Menyingkap erti kegembiraan 
Menghalusi erti kebahagiaan
Merasai erti kebebasan

Dengan bantuan Nya
Dengan Rahmat-Nya
Dengan izin-Nya

Syukur Ya ALLAH : Atas Nikmat Iman dan Islam

Friday, April 19, 2013

Praktikum SK Jalan Tiga

sekolah praktikum saya :) 

saya dan Fina

Fina tekun menghias pusat sumber

 Rakan yang lain

Hari ini genap tiga minggu kami menjalani praktikum. Tinggal hanya seminggu untuk mencukupkan jam kredit iaitu sebulan bagi semester ini. Bermacam-macam perasaan yang dilalui serta dapat dirasa sepanjang tiga minggu ini. Petang ini penyeliaan kali kedua akan dijalankan sebelum yang terakhir minggu depan. 
Doakan saya. 2 Melor, please be nice to me :) 

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru

Macam-macam baru tahun ini
Bilik baru (alhamdulilah tingkat 2)
Teman sebilik baru (afie)
Blok baru (dari blok E ke blok C)
Perhimpunan ditukar pada hari Selasa
Jadual baru (tiada kelas pada hari Selasa dan Rabu)
Program IPG pada hari Rabu 
Bakal menjalani Praktikum(awal bulan 4)

Semoga pelbagai transformasi yang berlaku menjadikan 
saya lebih baik dari tahun sebelum ini. 
Itu azam saya. Moga Allah permudahkan. 
Saya ingin menanam benih-benih kebaikan sebanyak 
mungkin di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti. 

Paling penting perlu sering muhasabah diri untuk memperbaiki akhlak :)