Hidup ini terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh Allah. Salah satunya adalah membuat pilihan. Pilihan pula datang daripada pelbagai aspek yang memungkinkan kita ragu-ragu untuk membuat keputusan serta perlu berfikir berkali-kali untuk memastikan kita melakukan pilihan yang tepat.
Di sinilah fungsinya akal yang diberikan sebagai pinjaman kepada manusia untuk meneruskan kehidupan mengejar cinta Illahi. Beruntunglah orang yang menggunakan akal tersebut dengan memilih jalan ke arah kebaikan. Rugilah bagi orang yang menggunakannya untuk perkara sebaliknya.
Tetapi, adakah benar bahawa setiap pilihan kita tersebut adalah pilihan yang tepat ? Pastinya, kadangkala kita tersalah langkah membuat pilihan yang salah dan percayalah ALLAH sering membuka pintu taubatnya seluas-luasnya lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.
Jadikan bulan ini sebagai permulaan kita untuk beranjak menjadi manusia yang lebih baik. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik :) Jom, kawan-kawan, kita balik ke fitrah. Fitrah hidup kita yang asal iaitu menjadi hamba dan khalifah ALLAH di muka bumi ini. Salam Ramadhan
No comments:
Post a Comment