2.2.2015-2.8.2015.
Tepat 6 bulan saya berkelana di sini. SK Kampung Tegageng,
sebuah sekolah pedalaman di daerah subis, Sarawak. Terletak kira-kira 2 jam
lebih daripada bandar Miri, saya bersyukur kerana Miri antara bandar yang
mempunyai lapangan terbangnya yang sendiri. Hal ini memudahkan saya untuk
pulang ke semenanjung jikalau ada keperluan yang mendesak.
Seterusnya, saya perlu melalui jalan berbatu kira-kira
45 minit dan menaiki perahu kecil menyeberang sungai untuk ke sekolah. Saya
tinggal di kuarters sekolah pada hari persekolahan dan akan pulang ke pekan Bekenu
pada hujung minggu. Jarak antara sekolah dan Bekenu adalah kira-kira 1 jam
lebih. Kebanyakkan warga sekolah mempunyai rumah sewa sama ada di Miri atau
Bekenu sebagai tempat persinggahan hujung minggu.
Antara cabaran saya di sini ialah masalah air.
Kami mempunyai tiga punca air di rumah iaitu air hujan, air pam dan air sungai.
Kadang kala, air hujan sudah kering dan air pam pula rosak. Kami terpaksa mandi
menggunakan air sungai. Kulit saya yang sensitif sedang dididik agar tidak
manja. Itu sahaja pilihan yang ada di sini.
Pernah suatu ketika, air sungai juga tidak keluar
daripada pili. Ketika itu, hanya Allah sahaja yang memahami perasaan ini. Bagaimana
untuk mencuci, mandi dan sebagainya apabila air dalam takungan sudah habis
kesemuanya. Situasi sebegini banyak mendidik hati ini. Bukan senang untuk senang bukan. Teringat kawan usrah saya pernah berkata ‘Sabar itu adalah yang pertama.
Bukan selepas keluhan, kita kata kita sabar. Bukan selepas cacian, kita kata
kita sabar. Bukan selepas marah, kita kata kita sabar. Susah bukan untuk sabar.
Saya juga sedang belajar. Doakan saya.
Terlalu banyak cerita ingin dicoretkan. Nantikan entri seterusnya ye. :)
2 comments:
Tahniah! kerana telah mula menulis pengalaman mengajar di sekolah pendalaman. Teruskan menulis, ini semua akan menjadi kenangan manis dan dokumen sejarah di kemudian hari kelak.
mana lagi entri.. lama tunggu ni
Post a Comment