Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Tuesday, September 8, 2015

Ibrah Merantau

   Saya sering menghadapi masalah untuk memulakan entri. Ingin benar menulis pengalaman sepanjang saya berada di sini untuk dijadikan bahan bacaan sendiri ketika meniti usia kelak. Hehe.. Kekangan masa boleh sahaja dijadikan alasan untuk tidak menulis. Memandangkan tugas guru zaman kini adalah dua kali ganda berat berbanding zaman dahulu. Namun, faktor ‘M’ dalam diri lebih menguasai.

    Besar hasrat hati ingin menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali agar dapat dijadikan bacaan anak cucu kelak. Besar harapan namun tidak berguna jika tiada usaha ke arah itu. Doakan saya rajin menulis ye. Suka untuk saya memberitahu ketika penulisan ini ditaip saya sedang bersendirian di kelas pra sambil menunggu hujan sedikit reda untuk pulang ke rumah. Memandangkan saya tidak membawa payung dan segala tugasan telah saya siapkan, saya memilih untuk menulis dan berazam untuk publishkan jika ada line petang nanti. Insha Allah. 

    Mendengar titisan air hujan membasahi bumi adalah satu suasana yang menenangkan. Suasana sejuk sebegini sememangnya seronok jika kita berada di atas katil. Boleh dikatakan hampir setiap hari cuaca di sini adalah hujan. Kadangkala panas seketika sahaja, hujan akan menyusul kemudian. Berada di sini, saya lebih menghargai nikmat hujan. 

      Hal ini kerana kami juga bergantung harap kepada air hujan untuk keperluan semasa sekiranya air pam rosak. Kini, sudah hampir dua minggu air pam mengalami kerosakan dan alhamdulillah selama itulah hujan sering turun seolah-olah mendengar doa kami. Alhamdulillah. Allhuma soyyiban nafian. Terima kasih Ya Allah.

      Air yang digunakan untuk memasak di pra saya juga bergantung 100 peratus pada air hujan. Jika air sudah kekeringan, PPM (Pembantu Pengurusan Murid) saya tidak boleh menyediakan makanan dan murid perlu membawa makanan sendiri daripada rumah. Keperluan menyediakan makanan di prasekolah adalah untuk memastikan murid mendapat makanan yang berkhasiat lagi sihat. Oleh kerana itu, makanan murid amat dititikberatkan bagi memastikan murid mudah memperlajari sesuatu pelajaran tersebut.

     Saya teringat pada awal bulan 4, ketika itu dapur pra saya baru dibina dan keperluan memasak telah kami sediakan selengkahp-lengkapnya. Murid-murid begitu teruja untuk menantikan lauk apakah yang akan dihidangkan pada mereka. Makan makanan yang berlainan daripada rumah pastinya satu kegembiraan buat anak kecil ini. Hampir setiap hari mereka akan memuji masakan ppm saya dan melihat mereka menambah lauk saban hari adalah kegembiraan buat saya. Begitu mudah anak kecil ini menyentuh hati saya.

     Inilah ajaibnya merantau. Tanpa saya sedari, terlalu banyak ibrah yang telah saya peroleh sepanjang berada di negeri ini. Sama ada sedar ataupun tidak. Apa yang pasti dengan merantau, saya lebih mensyukuri nikmat yang diberikan olehNya. Tidak kira lah nikmat kesenangan, kesusahan, kegembiraan dan kesedihan. Bukankah itu semua adalah ujian untuk menjadikan kita insan yang lebih beriman. Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis. #strive4jannah.

4 comments:

Naziha said...

Alaaaa. rinduuuu!
Nampak tak? Hanya sedikit masa perlu diberi kepada diri untuk menerima apa yang Allah tentukan utk kita. Perancangan Allah tu kan sebaik-baik perancangan. Semoga berbahagia selalu di perantauan. :*

Nafisah said...

yaaaa... memang nampak apa hikmah yang Allah berikan, namun, lumrah manusia sengaja butakan mata dan buat-buat xnmpk apa Allah ingin sampaikan. Astaghfirullah untuk dosa mulut yang sering mengeluh itu ini. Astaghfirullah untuk mulut yang sering membandingkan itu ini. Alhamdulillah, hati sedang dibimbing ke arah redha yang sempurna. Terima kasih kerana sering ada menyokong diri ini.

Soffiah Shariff said...

Assalamu`alaikum
kita selalu merasa berputus asa bila menghadapi kesulitan atau ujian. Padahal Allah telah memberi janji bahwa di balik kesulitan, pasti ada jalan keluar yang begitu dekat.

Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Ayat ini pun diulang setelah itu,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Semoga Awak terus bermotivasi dalam menjalani tugas mulia seorang guru. Tahniah
Kalo rajin jom singgah kat blog saya yer Cara Hidup Sihat

adeephr said...

Bila lg nk update ni.. Rindu benar nk baca kisah hidup cikgu..