Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru

Macam-macam baru tahun ini
Bilik baru (alhamdulilah tingkat 2)
Teman sebilik baru (afie)
Blok baru (dari blok E ke blok C)
Perhimpunan ditukar pada hari Selasa
Jadual baru (tiada kelas pada hari Selasa dan Rabu)
Program IPG pada hari Rabu 
Bakal menjalani Praktikum(awal bulan 4)

Semoga pelbagai transformasi yang berlaku menjadikan 
saya lebih baik dari tahun sebelum ini. 
Itu azam saya. Moga Allah permudahkan. 
Saya ingin menanam benih-benih kebaikan sebanyak 
mungkin di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti. 

Paling penting perlu sering muhasabah diri untuk memperbaiki akhlak :)


Tuesday, October 30, 2012

Ingatan

when studying becomes a burden,
when revision is stressful, 
when we feel like giving up and not study for our exams,

Remember these 2 verses ::

Allah doesnt burden us with things that we cant bear (2:286)
Verily with every diffuclty, there is relief (94:6)
insyaAllah, we'll feel better.

Selamat berjuang rakan-rakanku. Peperiksaan semester 4 Nov 2012

Surat cinta Allah jangan dilupa :)

Tuesday, October 9, 2012

Saya rindu mereka !!!



Di meja belajar asrama, saya suka menampal apa jua bahan yang menarik. Salah satunya ialah gambar di atas ini. Saya sendiri sudah lupa tahun bila gambar ini diambil. Seingat saya ketika ini Kak Long masih belum berkahwin. Mungkin tiga tahun lepas. Menariknya mengenai gambar ini ialah saya akan tatap gambar ini sebelum memulakan apa-apa pekerjaan. Sesekali, air mata ini jatuh apabila menatap gambar ini. Secara tidak sedar, gambar ini menjadi sumber inspirasi untuk saya belajar lebih tekun.  Saya belajar bukan untuk saya seorang sahaja tetapi untuk insan lain juga iaitu keluarga. Aura gambar ini juga menjadi penguat semangat saya ketika saya melalui fasa-fasa yang rumit. Sekarang ini saya sangat-sangat merindui mereka. Tiga minggu tidak pulang ke rumah merupakan dugaan yang berat. Saya akui masih belum kuat jika dipostingkan jauh dari rumah. Buktinya saya menangis ketika membaca blog Kak Nadiah menceritakan perihal peribadi kami adik beradik. Tetapi, rencana Allah lebih baik dari segalanya. Jika itu yang terbaik buat saya, saya akan lalui dengan semangat yang kental. Moga Allah menjaga mereka buat saya :) 


Saturday, September 22, 2012

3 tahun



                                         Tiga tahun yang penuh suka duka :)

Monday, July 16, 2012

Sebentar Sahaja

Jumaat lalu, saya dikejutkan dengan berita kematian Puan Zubidah binti A. Majid, salah seorang pensyarah Pengajian Melayu. Air mata ini tidak dapat ditahan lagi. Walaupun baru setahun mengenali beliau, namun, sifat keibuan yang ditonjolkan menjadikan kami sekelas sangat rapat dengan arwah. Lebih-lebih lagi beliau turut mengikuti lawatan ke bandung baru-baru ini. 
Ketika itu, kesemua pensyarah Pengajian Melayu termasuk arwah mengadakan lawatan ke IPG Batu Lintang Sarawak. Mereka bertolak pada hari Khamis. Sebaik sahaja mendarat daripada penerbangan, arwah muntah-muntah dan badan mulai berpeluh. Arwah dikejarkan ke klinik berdekatan tetapi klinik tidak mahu menerima kes ini dan terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan. Sampai di hospital, arwah menerima serangan sakit jantung kali pertama. Doktor memberikan ubat ditahan di wad. 
Pada malam itu, Puan Maisarah yang menjaga arwah. Keesokkan harinya, muka arwah masih pucat dan lemah tetapi masih mampu bergelak tawa dengan pensyarah yang mengunjungi. Doktor juga sahkan yang arwah sudah sihat tetapi menyarankan agar dibawa ke IJN Kuching untuk mendapatkan pemeriksaan keseluruhan. 
Atas nasihat semua, arwah pun bersetuju untuk membuat pemeriksaan di sana. Ketika proses mengemas pakaian untuk ke sana, Puan Zubidah mendapat serangan jantung kali kedua. Ketika ini, keadaan tidak dapat diselamatkan lagi, Akhirnya, Puan Zubidah meninggal dunia bertempat di Hospital Timberland, Sarawak. Sebentar sahaja saya dapat menimba pengalaman daripada beliau. Terima kasih Ya Allah berikan saya peluang bertemu orang sehebat arwah. Segala nasihat arwah takkan saya lupakan. SEMOGA arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Zaifi-Arwah Pn. Zubidah-Afiq