Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Thursday, January 27, 2011

Ingatan Ikhlas


Pastinya kita semua inginkan yang terbaik dalam kehidupan ini. Kita juga pastinya menginginkan balasan syurga apabila ditimbang amalan ketika di padang marsyhar kelak. Pertama sekali kita harus lakukan Tazkiyatun Nafts (penyucian jiwa) supaya hati ini mudah tergerak untuk berubah. Kita harus menyucikan diri dengan cara membuang segala berhala yang ada dalam diri. 

Mengapa saya katakan ada berhala dalam hati kita? 
Apa itu berhala? 
Apa sifat berhala? 

Berhala pada masa dahulu dilihat sebagai tuhan dan dijadikan keutamaan melebihi apa-apa jua dalam dunia ini. Berhala disembah dengan penuh taat. Sebenarnya terdapat banyak berhala sebegitu dalam diri kita tanpa kita sedari. Sebagai contoh, kita sedang asyik menonton televisyen dan sejurus kemudian azan berkumandang.

 Apakah tindakan kita  selanjutnya? 
Adakah kita akan terus mengambil wuduk dan solat atau kita terus leka menonton televisyen? 

Jika kita terus leka dengan menonton TV, maka sah lah kita telah meletakkan perkara lain sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian. Kita tidak meletakkan Allah sebagai Ilah dalam diri. Sebagai permulaan, kita perlu menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam semua aspek. 
Fikir-fikirkan.

Ingatan ikhlas buat diri ini dan juga umat islam yang lain.

Friday, January 21, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Jika hari ini aku terlalu gembira, 
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, 
pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta,
Jika hari ini aku lemah tidak berdaya,
 ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga
Jika hatimu pernah ku lukai, 
luahkanlah agar aku tersedar akan kesilapan diri ini,
dan 
Jika esok ku lena tanpa terjaga, iringkanlah diriku dehgan kalungan doamu.

Cuti Thaipusam

           Hari ini adalah cuti sempena Thaipusam. Walaupun cuti hanya sehari dan esok kuliah berjalan seperti biasa, saya tidak melepaskan peluang untuk keluar bersama-sama teman tercinta. Kebiasaanya cuti sebegini hanya akan dihabiskan dengan menonton movie memandangkan assigment belum diterima lagi. Tetapi, pada hari ini saya berpeluang untuk menghabiskan duit di Low Yat. Saya, Wani dan Amal bergerak dari maktab seawal 9.30 pagi.   Setiba di stesen UKM, saya merasakan bahang-bahang untuk sesak nafas ketika di tren nanti. Begitu ramai orang ketika itu. Komuter merupakan pengangkutan utama saya untuk pulang ke Klang. Walaupun ada coach yang disediakan untuk kaum wanita, tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak reti membaca dan melihat gambar yang diletakkan di setiap pintu tren. Mereka masih selamba memasuki coach wanita dan ada yang lebih teruk duduk di kerusi yang sepatutnya menjadi milik kaum hawa. Saya hanya mampu memandang sepi keadaan ini. 

        Tujuan kami hanya satu untuk mengambil hard disk Wani yang telah rosak semester lepas. Saya pula sudah meletakkan target untuk membeli ink printer yang diura-urakan agak murah harganya di situ. Saya ingin menggunakan ink yang berada di luar printer. Ink sebegitu agak jimat berbanding ink Ori. Amal pula awal-awal lagi sudah teruja untuk mencari kamera. Beberapa rakan-rakan saya turut menempah barangan laptop. Disebabkan ini merupakan pertama kali saya datang ke Low Yat, saya agak teruja melihat pelbagai barangan murah. Kami pun pusing beberapa kali untuk mencari harga yang paling murah. Wani seperti biasa menjadi PA kami untuk melakukan aktiviti tawar-menawar. 

            Akhirnya, saya dan Amal telah membeli ink yang hanya berharga RM 60. Menurut Amal, ink sebegitu akan dikenakan caj sebanyak RM120 siap dengan pemasangan sekali. Nasib baik ada budak maktab saya boleh membantu melakukan pemasangan. Saya hanya perlu membayar harga upah. Alhamdulilah, sebentar tadi saya mendengar satu lagi perkara menggembirakan. Doa saya sudah dimakbulkan. Saya sangat gembira. Saya semakin merasai bahawa Allah sangat-sangat menjaga saya. Syukran. 

Sunday, January 2, 2011

Entri Pertama Tahun 2011

Tahun 2010 sudah dua hari menginjak meninggalkan kita. 2011 pula membuka tirai dalam hidup kita. Sesi pembelajaran pula akan bermula mulai esok. Saya kini berada di maktab meniti waktu untuk beradu. Dalam kelapangan waktu yang ada saya ingin mencoret seketika. Sejujurnya berat hati ingin meninggalkan rumah yang telah sebulan lebih berada di sisi. Berat ingin meninggalkan waktu bersenang lenang di kala cuti. Tahun 2010 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit yang dilalui. Pastinya kehilangan antara insan yang rapat dengan saya sangat dirasai. Arwah Thaqifah pada 3 oktober dan baru-baru ini atuk Bujang iaitu atuk sebelah ayah saya pula menghebuskan nafasnya yang terakhir pada 11.30 pada 27/12/2010. Kali terakhir saya berjumpa atuk adalah pada hari raya haji yang lepas. 
            Pemergian atuk mengingatkan saya kepada arwah atuk Othman. Seingat saya, saya tidak pernah bercakap dengan atuk Othman(sebelah mak) disebabkan takut dan gerun dengan sikap atuk yang garang. Saya juga tidak pasti. Saya juga jarang bercakap dengan nek rammelah. Tetapi ajakan serta idea mak supaya saya menemani nenek saya terima dengan hati terbuka. Saya juga tidak tahu apa sebab munasabah saya menerima ajakan itu. Mungkin kerana saya tidak ada alasan untuk berkata tidak. Atau mungkin kerana ketentuan takdir. Pada awalnya saya segan serta takut apabila perlu tinggal serta bersekolah di kampung. Saya bermula dengan kosong ketika itu. Saya hanya berserah serta sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala-galanya. Ternyata, saya kini rapat dengan nenek serta sanak saudara dan rasa malu itu terhakis sedikit demi sedikit ditukar dengan rasa yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ketika itu, saya juga rajin ke rumah nenek Saabah(sebelah ayah) pada waktu petang. Disebabkan rumah kedua-dua nenek saya adalah berdekatan, jadi mudahlah saya menjadi rapat dengan kedua-duanya. Saya sentiasa merasakan apa yang saya capai kini adalah bermula dengan pembelajaran yang tidak formal saya dapat apabila tinggal di kampung. 
          Saya juga mempunyai "cikgu" sendiri apabila berada di rumah. Sikap Mak Chah(mak cik sebelah emak) yang  selalu menegur secara lembut tetapi mempunyai ketegasan melalui setiap bibit kata-katanya dan Acik Oyah(mak cik sebelah ayah) yang agak tegas serta terlalu berterus terang sehingga selalunya kata-kata atau tegurannya menyebabkan hati ini terasa bagai dihiris-hiris. Saya berterima kasih kepada dua insan ini kerana berjaya membuka mata saya mengenai alam kehidupan. Tetapi, saya masih tidak lupa kepada emak dan ayah saya yang tidak henti-henti menasihati serta mendoakan anakandamu ini. Terima kasih. 

# Saya masih merasakan kita akan benar-benar belajar berdikari apabila  berada jauh dari keluarga.