Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Sunday, January 2, 2011

Entri Pertama Tahun 2011

Tahun 2010 sudah dua hari menginjak meninggalkan kita. 2011 pula membuka tirai dalam hidup kita. Sesi pembelajaran pula akan bermula mulai esok. Saya kini berada di maktab meniti waktu untuk beradu. Dalam kelapangan waktu yang ada saya ingin mencoret seketika. Sejujurnya berat hati ingin meninggalkan rumah yang telah sebulan lebih berada di sisi. Berat ingin meninggalkan waktu bersenang lenang di kala cuti. Tahun 2010 meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit yang dilalui. Pastinya kehilangan antara insan yang rapat dengan saya sangat dirasai. Arwah Thaqifah pada 3 oktober dan baru-baru ini atuk Bujang iaitu atuk sebelah ayah saya pula menghebuskan nafasnya yang terakhir pada 11.30 pada 27/12/2010. Kali terakhir saya berjumpa atuk adalah pada hari raya haji yang lepas. 
            Pemergian atuk mengingatkan saya kepada arwah atuk Othman. Seingat saya, saya tidak pernah bercakap dengan atuk Othman(sebelah mak) disebabkan takut dan gerun dengan sikap atuk yang garang. Saya juga tidak pasti. Saya juga jarang bercakap dengan nek rammelah. Tetapi ajakan serta idea mak supaya saya menemani nenek saya terima dengan hati terbuka. Saya juga tidak tahu apa sebab munasabah saya menerima ajakan itu. Mungkin kerana saya tidak ada alasan untuk berkata tidak. Atau mungkin kerana ketentuan takdir. Pada awalnya saya segan serta takut apabila perlu tinggal serta bersekolah di kampung. Saya bermula dengan kosong ketika itu. Saya hanya berserah serta sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala-galanya. Ternyata, saya kini rapat dengan nenek serta sanak saudara dan rasa malu itu terhakis sedikit demi sedikit ditukar dengan rasa yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain. Ketika itu, saya juga rajin ke rumah nenek Saabah(sebelah ayah) pada waktu petang. Disebabkan rumah kedua-dua nenek saya adalah berdekatan, jadi mudahlah saya menjadi rapat dengan kedua-duanya. Saya sentiasa merasakan apa yang saya capai kini adalah bermula dengan pembelajaran yang tidak formal saya dapat apabila tinggal di kampung. 
          Saya juga mempunyai "cikgu" sendiri apabila berada di rumah. Sikap Mak Chah(mak cik sebelah emak) yang  selalu menegur secara lembut tetapi mempunyai ketegasan melalui setiap bibit kata-katanya dan Acik Oyah(mak cik sebelah ayah) yang agak tegas serta terlalu berterus terang sehingga selalunya kata-kata atau tegurannya menyebabkan hati ini terasa bagai dihiris-hiris. Saya berterima kasih kepada dua insan ini kerana berjaya membuka mata saya mengenai alam kehidupan. Tetapi, saya masih tidak lupa kepada emak dan ayah saya yang tidak henti-henti menasihati serta mendoakan anakandamu ini. Terima kasih. 

# Saya masih merasakan kita akan benar-benar belajar berdikari apabila  berada jauh dari keluarga. 

1 comment:

wani said...

like ur last sentence :)