Hari ini adalah cuti sempena Thaipusam. Walaupun cuti hanya sehari dan esok kuliah berjalan seperti biasa, saya tidak melepaskan peluang untuk keluar bersama-sama teman tercinta. Kebiasaanya cuti sebegini hanya akan dihabiskan dengan menonton movie memandangkan assigment belum diterima lagi. Tetapi, pada hari ini saya berpeluang untuk menghabiskan duit di Low Yat. Saya, Wani dan Amal bergerak dari maktab seawal 9.30 pagi. Setiba di stesen UKM, saya merasakan bahang-bahang untuk sesak nafas ketika di tren nanti. Begitu ramai orang ketika itu. Komuter merupakan pengangkutan utama saya untuk pulang ke Klang. Walaupun ada coach yang disediakan untuk kaum wanita, tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak reti membaca dan melihat gambar yang diletakkan di setiap pintu tren. Mereka masih selamba memasuki coach wanita dan ada yang lebih teruk duduk di kerusi yang sepatutnya menjadi milik kaum hawa. Saya hanya mampu memandang sepi keadaan ini.
Tujuan kami hanya satu untuk mengambil hard disk Wani yang telah rosak semester lepas. Saya pula sudah meletakkan target untuk membeli ink printer yang diura-urakan agak murah harganya di situ. Saya ingin menggunakan ink yang berada di luar printer. Ink sebegitu agak jimat berbanding ink Ori. Amal pula awal-awal lagi sudah teruja untuk mencari kamera. Beberapa rakan-rakan saya turut menempah barangan laptop. Disebabkan ini merupakan pertama kali saya datang ke Low Yat, saya agak teruja melihat pelbagai barangan murah. Kami pun pusing beberapa kali untuk mencari harga yang paling murah. Wani seperti biasa menjadi PA kami untuk melakukan aktiviti tawar-menawar.
Akhirnya, saya dan Amal telah membeli ink yang hanya berharga RM 60. Menurut Amal, ink sebegitu akan dikenakan caj sebanyak RM120 siap dengan pemasangan sekali. Nasib baik ada budak maktab saya boleh membantu melakukan pemasangan. Saya hanya perlu membayar harga upah. Alhamdulilah, sebentar tadi saya mendengar satu lagi perkara menggembirakan. Doa saya sudah dimakbulkan. Saya sangat gembira. Saya semakin merasai bahawa Allah sangat-sangat menjaga saya. Syukran.
1 comment:
ap yg gembiranya? share la.. :)
Post a Comment