Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Sunday, July 10, 2011

Keputusan

Alhamdulilah, kita masih lagi diberi nafas untuk menghirup udara segar. Masih berkesempatan merasai nikmat iman dan islam. Adapun begitu sejauh mana rasa syukur kita? bagaimana caranya kita luahkan rasa syukur ini ? hanya dengan melakukan amalan wajib sahaja atau pun hanya bersyukur tatkala mendapat kejayaan dan berdukacita tatkala mendapat keputusan yang tidak seperti diharapkan. Keputusan peperiksaan semester lepas baharu sahaja keluar. Alhamdulilah, keputusan saya pada kali ini lebih tinggi berbanding keputusan sebelum ini. Subjek yang saya kira mampu mendapat A tidak pula mendapat A, manakala subjek yang saya sudah redha seawalnya kerana agak sukar dan memerlukan kita menghafalnya  pula mendapat A. Apa-apa pun itu adalah rezeki dari Allah. Kita telah berusaha dan berdoa akhirnya kita hanya perlu tawakal kepadanya. Bukankah setiap usaha kita itu akan dinilai olehNya.

Teringat kata-kata akak usrah saya :
"Usaha tidak menatijahkan keputusan, tapi rahmat Allah yang menentukannya". 
Dalam kita berusaha, sentiasalah meletakkan rahmat Allah sebagai fokusnya.

Jangan pernah malu melakukan kebaikan. Banggalah dengan diri seorang muslim.

2 comments:

Hussin said...

Tahniah atas keputusan yang dicapai. Teruskan usaha dan sentiasa berdoa meminta pertolongan dari Yang Maha Berkuasa.

Nafisah said...

Terima kasih Pak Long.