Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Khadijah
Yang berkorban jiwa dan harta
Katanya, ambilah tulang belulangku
Andainya boleh dijadikan jambatan
Untuk berjihad fisabilllilah
Tuhanku,
Jadikan aku seorang Siti Hajar
Yang sabar di terik safa dan marwah,
Tak mengapa wahai suamiku,
Jika ini perintah Allah aku redha,
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Fatimah,
Yang termaktub penghulu wanita syurga,
Tapi redha mengisar gandum dengan tangannya,
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Mashitah
Yang sanggup mempertaruhkan jiwa dan nyawanya,
Demi mempertahankan taufiq hidayahmu
Ya ALLAH..
Tuhanku,
Jadikan aku seorang Asiyah
Sabar dan tabah walaup bersuamikan firaun laknatullah
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Zulaikha
Bukan lahir sebagai wanita penggoda,
Yang terlalu melayan fitrah manusia
Menurut nafsu cinta
Tapi seorang hambanya,
Sentiasa merindui cinta pencipta
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Rabiatul Adawiyah,
Wanita sufi yang asyik tenggelam dalam ubbudiyah,
Tersingkap segala hijab,
Tak mampu berkongsi dua cinta
Kerana cintanya hanya untuk penciptanya
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Zainab
Terluka, terseksa, terhina, terpenjara dan
Terkurung jasadnya di celahan janji yang kaku
Wanita ini tetap istiqamah
Menjunjung akidah dakwah
Demi islam tidak akan menyerah
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Mariam,
Wanita mulia keturunan Imran,
Mengandungkan Isa tanpa sentuhan seorang suami,
Tabah hadapi cacian dan kejian
Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Aisyah,
Yang menjadi khazanah Allah,
Masukkanlah walau sedikit sifat mulianya
Ke dalam diri kami.
Aku ingin ke syurga bersama srikandimu Ya Allah
Ya Allah ya Mujib,
Terimalah doa kami ya Allah
Amin ya Robbal ‘Alamin
p/s : ini sajak hasil nukilan Ustazah Asni Mansor :)
- Alhamdulilah, berjaya mendeklamasikan sajak ini bersama ukhti tersayang Amal Izzati dan Aisyah Humaira
- Syukur Allah campakkan perasaan ini. Semoga Allah mencampakkan juga sifat-sifat mulia yang ada pada wanita syurga ini walau sedikit dalam diri ini agar mampu tabah seperti mereka semua. Aku mohon Ya ALLLAH, Ya MUJIB :) :)
- Tanpa bantuan Engkau, Aku hanya insan yang lemah dan tidak berdaya, bahkan tidak mampu mengapai syurgamu. :):):)