Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Saturday, January 14, 2012

Sajak : Wanita Syurga :)


Tuhanku,
 
Jadikanlah aku seorang Khadijah
Yang berkorban jiwa dan harta
Katanya, ambilah tulang belulangku 
Andainya boleh dijadikan jambatan
Untuk berjihad fisabilllilah

Tuhanku,
Jadikan aku seorang Siti Hajar 
Yang sabar di terik safa dan marwah,
Tak mengapa wahai suamiku,
Jika ini perintah Allah aku redha,

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Fatimah,
Yang termaktub penghulu wanita syurga,
Tapi redha mengisar gandum dengan tangannya,
Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Mashitah
Yang sanggup mempertaruhkan jiwa dan nyawanya,
Demi mempertahankan taufiq hidayahmu 
Ya ALLAH..

Tuhanku,
Jadikan aku seorang Asiyah
Sabar dan tabah walaup bersuamikan firaun laknatullah

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Zulaikha 
Bukan lahir sebagai wanita penggoda,
Yang terlalu melayan fitrah manusia
Menurut nafsu cinta
Tapi seorang hambanya,
Sentiasa merindui cinta pencipta

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Rabiatul Adawiyah,
Wanita sufi yang asyik tenggelam dalam ubbudiyah,
Tersingkap segala hijab,
Tak mampu berkongsi dua cinta
Kerana cintanya hanya untuk penciptanya

Tuhanku, 
Jadikanlah aku seorang Zainab
Terluka, terseksa, terhina, terpenjara dan
Terkurung jasadnya di celahan janji yang kaku
Wanita ini tetap istiqamah
Menjunjung akidah dakwah
Demi islam tidak akan menyerah

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Mariam,
Wanita mulia keturunan Imran,
Mengandungkan Isa tanpa sentuhan seorang suami,
Tabah hadapi cacian dan kejian

Tuhanku,
Jadikanlah aku seorang Aisyah,
Yang menjadi khazanah Allah,
Masukkanlah walau sedikit sifat mulianya
Ke dalam diri kami.

Aku ingin ke syurga bersama srikandimu Ya Allah 
Ya Allah ya Mujib,
Terimalah doa kami ya Allah
Amin ya Robbal ‘Alamin

p/s : ini sajak hasil nukilan Ustazah Asni Mansor :)

  • Alhamdulilah, berjaya mendeklamasikan sajak ini bersama ukhti tersayang Amal Izzati dan Aisyah Humaira
  • Syukur Allah campakkan perasaan ini. Semoga Allah mencampakkan juga sifat-sifat mulia yang ada pada wanita syurga ini walau sedikit dalam diri ini agar mampu tabah seperti mereka semua. Aku mohon Ya ALLLAH, Ya MUJIB :) :)
  • Tanpa bantuan Engkau, Aku hanya insan yang lemah dan tidak berdaya, bahkan tidak mampu mengapai syurgamu. :):):)

No comments: