Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Wednesday, January 4, 2012

Pendekatan Berlainan

Alhamdulilah, kita sudah mula melayari tahun baharu iaitu 2012. Semoga tahun ini mempunyai barakah yang lebih dari tahun lepas. Semoga juga perningkatan tahun mematangkan kita sekaligus menjadikan kita hamba-Nya yang lebih bersyukur dan tawaduk. InsyaAllah. Sama-sama kita cuba. 
Baru-baru ini saya berkesempatan menyambut countdown di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Suatu pendekatan yang berlainan kerana pengisian program ini sangat BERBEZA dengan cara sambutan countdown di tempat-tempat lain. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat poster di bawah : 
Bersolat beramai-ramai di tengah-tengah dataran
  Shah Kamikaze dan Shahir turut membuat persembahan
 Ledakan umat islam yang masih dahagakan program berciri islamik

Ustaz Azhar yang "sempoi" dan Zizan yang "selamba"

Syukur program ini berjaya menarik hampir 80,000 khalifah Allah untuk bersama-sama menyambut countdown dengan berkonsepkan islamik. Majlis diakhiri dengan doa dan bacaan Asma Ulhusna. Semoga program ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. =)

1 comment:

wani said...

m.i.s.s.i.n.g y.o.u !!!!