Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Friday, September 9, 2011

Anak buah ke - 3 : Nur 'Afifah binti Ahmad Aidil



Pada awal kelahiran


Ketika berusia 3 Bulan..dah bertambah besar..









Sunday, July 10, 2011

Keputusan

Alhamdulilah, kita masih lagi diberi nafas untuk menghirup udara segar. Masih berkesempatan merasai nikmat iman dan islam. Adapun begitu sejauh mana rasa syukur kita? bagaimana caranya kita luahkan rasa syukur ini ? hanya dengan melakukan amalan wajib sahaja atau pun hanya bersyukur tatkala mendapat kejayaan dan berdukacita tatkala mendapat keputusan yang tidak seperti diharapkan. Keputusan peperiksaan semester lepas baharu sahaja keluar. Alhamdulilah, keputusan saya pada kali ini lebih tinggi berbanding keputusan sebelum ini. Subjek yang saya kira mampu mendapat A tidak pula mendapat A, manakala subjek yang saya sudah redha seawalnya kerana agak sukar dan memerlukan kita menghafalnya  pula mendapat A. Apa-apa pun itu adalah rezeki dari Allah. Kita telah berusaha dan berdoa akhirnya kita hanya perlu tawakal kepadanya. Bukankah setiap usaha kita itu akan dinilai olehNya.

Teringat kata-kata akak usrah saya :
"Usaha tidak menatijahkan keputusan, tapi rahmat Allah yang menentukannya". 
Dalam kita berusaha, sentiasalah meletakkan rahmat Allah sebagai fokusnya.

Jangan pernah malu melakukan kebaikan. Banggalah dengan diri seorang muslim.

Friday, July 1, 2011

SEMESTER BARU

Sudah seminggu saya melayari semester baru. Pada hari pertama iaitu Isnin minggu lepas, PERBAYU (Persatuan Bahasa Melayu) telah mengadakan jualan sempena MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru). Saya selaku setiausaha program jualan pada kali ini  pastinya berasa berdebar-debar dan rungsing jika jualan itu gagal. Hal ini kerana segala perancangan adalah dilakukan sewaktu cuti semester.  Alhamdulilah, segala perancangan berjalan lancar namun pastinya ada sedikit kekurangan yang berlaku. Itu saya anggap sebagai cabaran dalam melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Sedikit gambar untuk pengkongsian..











Jualan ini bukti bahawa Perbayu mampu aktif kembali selepas lama menyepi. Nantikan program yang lebih menarik selepas ini.



Tuesday, May 31, 2011

Rezeki mereka

Alhamdulilah, semalam 2 orang rakan saya selamat berangkat ke tanah suci untuk menjalankan ibadah umrah. Doa saya agar mereka dapat melakukan yang terbaik. InsyaAllah mereka akan berada di sana dalam masa 2 minggu. Kali ini rezeki mereka. jika diizinkan ada juga rezeki saya untuk menjejakkan kaki ke sana. Saya cuma berharap ayah dan mak saya juga ada rezeki untuk ke sana. 

 Moga ada rezeki mak dan ayah

Sunday, April 24, 2011

Jari menari mengikut rentak hati


Resah ini datang bertalu
Menduga hati yang Satu
Ingin rasa hebat selalu
Sering lupa tuhan yang satu

Hati ,
Hati-hati dengan hati,
Inginkan semuanya permata
Kadang lupa dan alpa.

Namun,
Mengapa hati masih ingin menafikan.
Mengapa  hati masih mengharap benda yang tak pasti.
Jangan pernah disalahkan hati jika mata tidak pandai dijaga.
Jangan pernah disalahkan mata jika nafsu tidak reti dikawal.

Ya Allah..
Aku buntu.
Aku keliru
Ingin memilih jalan yang mana

Kini, aku sedar
Kanan atau kiri bukan persoalan
Hanya doa jadi bekalan
Mohonlah apa yang berkenan
Agar Allah beri apa yang diperlukan
Bukan apa yang diingin-inginkan