Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Thursday, July 15, 2010

Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi ...kepada DIri SEndIri...=)

Hari ini genap umur saya 19 tahun ..umur yang Allah pinjamkan kepada diri ini..hari ini merupakan hari yang saya sangat2 gembira..yelah..siapa yang tak gembira kalau tibanya hari jadi..ahaks..saya dah tua..

Terima kasih kepada semua rakan2 yang wish..sangat terharu..asyik kena usik jer masa kat kelas..saya memang gelak besar hari ini..yang paling terharu orang yang saya minat tapi dia hanya anggap saya kawan biasa merupakan orang first yang wish..tepat jam 12 malam..selepas itu barulah kawan baik saya, Adilah yang tak pernah terlepas untuk menjadi orang yang terawal wish..apa2 pun thanks atas ucapan kalian semua..Memang rasa sangat2 GeMbIrA ketika ini..




Terdapat satu ucapan yang sangat menusuk kalbu yang telah membuatkan saya terfikir sejenak..nak tahu x siapa yang antar..erm, Mak Chah yang antar messages nie..

"Salam. 3 Sya'ban. Usia 19 tahun Allah pinjamkan lagi. 
Renungi apa yang telah engkau kecapi selama ini. 
Bersyukur. Jaga solat 5 waktu., tepati waktunya, 
Baca Al-Quran, tambah amalan sunat, Selamat Lahir. "

Alhamdulilah..semoga saya akan menjadi antara hamba-hambanya yang soleh..Ya Allah, permudahkanlah urusanku..

Ketika ini :
1. teringat kawan2 kat UITM yang pernah membuat surprises party menyambut hari jadi saya walaupun pada masa itu kami hanya baru berkenalan kira2 2 minggu..terharu sangat masa itu. 
2. Tidak sabar untuk pulang ke rumah pada hari sabtu ini untuk menyambut hari jadi bersama-sama nenek tercinta..akan diadakan juga tahlil untuk arwah Atuk Othman.
3. Sedih apabila mengetahui ayah afie ( budak kelas saya) sedang tenat ketika ini. Moga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah..
4. Teringat Atuk Bujang yang ketika ini sudah tidak berupaya untuk berjalan..hanya duduk di atas kerusi ..semoga Allah permudahkan segalanya..



Post kali ini menjadi panjang isinya kerana terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku tika ini..Harapnya semua akan bisa sabar dan tabah menghadapi dugaanya..Ingatlah ujian itu juga merupakan rezeki daripada Allah..rezeki ini hanya buat orang2 yang terpilih..tetapi, harus diingat juga bahawa kesenangan itu juga merupakan ujian daripada Allah..sama2 lah kita berusaha menjadi hamba yang soleh serta solehah..hidup hanya pinjaman..akhirat jua kekal akhirnya..beramallah selagi kita masih bernafas..ingatan buat semua..

Tuesday, July 13, 2010

GeMuRuH - FaIzAl TahIr..

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

(terus addicted dengan lagu nie bila nyanyi ramai2 masa buat human graphic..sebelum nie dengar tapi x de perasaan pun..kali nie betul2 dah jatuh rahang dengar lagu nie..ahaks..suka sangat2..rasa sangat  bersemangat..thanks faizal tahir untuk lagu yang best..semangat..chaiyok2..gambate..)

Pengalaman Mengajar Kita

Saya sengaja menggunakan ungkapan ini bagi permulaan post kali ini..Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja selesai membuat persembahan Human Graphic sempena Kejohanan sukan sekolah-sekolah Asia..kejohanan kali ini merupakan kali kedua diadakan..kami telah menjalani latihan dari hari ahad dan kemuncaknya adalh pada hari ini..tahu x apa itu Human Graphic tue??? Human graphic itu digunakan untuk membina perkataan..jadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dan sempit dan pada masa yang sama mengangkat warna yang dikehendaki agar dapat membina perkataan daripada ratusan pelajar.. Ini merupakan pengalaman saya yang ketiga melakukan benda alah ini yang saya rasa sangat membazir dan membuang masa saya..ok, dah lah kitaorang diarahkan untuk pergi..jap, DIWAJIBKAN untuk pergi..tapi, kuliah perlu diganti..pergh...dah lah penat buat benda alah nie..pastu, balik maktab kena prepare time untuk ganti kuliah..aduh, menyusahkan orang jelah..cuba lah undang-undang atau peraturan yang dibuat tue x nyusahkan orang lain boleh x?? lagi satu..saya merasakan satu pembaziran untuk melakukan persembahan ini..dalam keadaan negara yang kesempitan wang sudah pasti kita memerlukan penjimatan dari pelbagai sudut..dan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran..kami diberikan sehelai t-shirt, topi dan beg..tetapi, saya bersyukur kerana pelbagai pengajaran yang dapat saya perolehi melalui pengalaman kali ini..ya, berbalik kepada tajuk saya..sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas..dalam keadaan yang sempit, saya banyak teringat mengenai kekuasaan Allah..Yelah, pada masa itu, saya telah membayangkan macam mana lah kehidupan manusia lain yang hidup dalam kesusahan..nak duduk rumah x de..nak makan duit x de..nak tido tilam x de...arghhhh..saya tidak boleh membayangkan jika suatu hari nanti apabila saya bangun dari tidur, saya bukan lagi berada di dunia yang fana ini..tetapi, berada             di alam yang lain..sedangkan amalan saya belum cukup untuk menempatkan saya di syurga miliknya..
Ya Allah, permudahkan urusanku..Engkau limpahkan lah dugaan yang aku mampu untuk tanggung agar aku akan sentiasa mengingatimu dalam apa jua keadaan..(tiba2 teringat mak dan ayah)..Rindu lah kat dorang semua..tidak mengapa...
minggu nie saya balik rumah..hihi,.Mak, fisha rindu...Ayah, fisha rindu...(^_^)

Thursday, July 8, 2010

About feeling

Macam2 perasaan yang akan kita rasakan hari. Adakala kita sedih, gembira, marah, kecewa, geram dan sebagainya. Ini yang dipanggil emosi. Adakala juga emosi kita berubah sekelip mata. Perasaan ini juga dialami oleh saya. Nak dijadikan cerita, IPGM saya telah menganjurkan kempen derma darah secara kecil-kecilan. Ini sebagai projek bagi kursus Bina Insan Guru. Saya pun dengan sedikit teruja dan takut telah melapangkan dada untuk turut menderma. Tetapi, saya tahu saya ini kategori kurang darah. Saja jer nak cuba lagi. Mana tahu kot2 boleh derma. Sebelum kita boleh menderma, darah kita akan diambil sedikit untuk mengetahui adakah darah kita sesuai untuk diguna pakai. Alih2 akak tu kata gini "Sorilah dik, darah adik cair, adik kurang darah". Saya dengan perasaan hampa keluar daripada bilik itu. Tetapi, saya tetap bangga kerana kebanyakkan rakan saya telah turut sama menderma darah. 

Pada malam itu pula, seorang rakan saya telah sudi untuk memeriksa mata saya. Dia telah belajar ilmu ini semasa kursus HPA. Saya pun nak pergi kursus itu, tapi, kesempitan wang. InsyaAllah, saya juga akan berkesempatan untuk ke kursus seperti itu. Doakan saya yer..OK..Menurut dia, saya ini boleh dikategorikan seorang yang mempunyai tekanan darah rendah. Tambah dia lagi, Imuniti badan saya pada tahap kedua  tapi nak masuk tahap ketiga. kalau keempat, dah kira parah. Nutrisi dalam badan juga dikatakan mula kekurangan. Saya akui badan saya mudah pening jika berdiri terlalu lama. Jadi, saya diminta untuk mencari suplemen tambahan agar tubuh badan kita dapat melawan segala jenis penyakit. Dan dia telah mencadangkan produk HPA ...huhu..kalau nak jual barang mestilah kena tahu produk apa yang sesuai untuk pelanggan kita..Perasaan saya masa tue bercampur baur..saya ingat saya nie sihat, sebab cam ok jer..yelah, kalau nak diikutkan selama nie saya boleh jer berkawad, berlari, camping dan macam2 lagi aktiviti lasak tanpa ada gangguan..penat sikit tue ada lah..rupanya tekanan darah rendah ini boleh terdorong ke arah leukimia jika tidak diberi perhatian sewajarnya..jadi takut saya..kecut perut bila dengar..aahhh...takut...Jadi, saya pun beli lah madu dan roselle seperti yang dicadangkan..doakan saya agar saya boleh kekal sihat sentiasa..

Mintak maaflah hari ini ada banyak cerita yang ingin aku sampaikan..Pagi tadi, pertandingan Road Relay telah diadakan. Alhamdulilah, kelas kami menduduki kedudukan yang baik. Kumpulan peserta lelaki yang terdiri daripada Zamir, Azmil,Usaid dan Ala telah berjaya mendudki tempat pertama. Kumpulan perempuan pula yang terdiri daripada Iqa, Bella, Bit dan saya hanya mendapat tempat keempat..alah, ok jugak..Tahniah diucapkan..daripada lebih 20 kuliah, kita berjaya mendapat tempat..takpe, tahun depan boleh cuba lagi..chaiyok2..siapa kata orang kurang darah x leh lari..walaupu, memang rasa macam nak pengsan tadi. semua peserta terpaksa berlari kira-kira 1.5 km untuk mencukupkan satu pusingan seorang/..masa tue rasa gembira sangat2..alhamdulilah, Allah sangat banyak membantu saya..Kita sambung cerita lain kali pulak yer..=)

Tuesday, July 6, 2010

I'M SORRY

Saya tak tahu kenapa dengan hari ini..macam2 benda berlaku yang sangat2 menguji tahap kesabaran saya..jadi, dengan secara tidak sengaja ada beberapa insan yang free2 jer kena marah ...sorry..emosi saya kurang stabil hari ini..tak pasal orang lain yang jadi mangsa...dah lah badan tak berapa
nak sihat nie..tetiba jer, nak buat saya naik angin..apa2 pun, maafkan saya..EMOSI saya 
terganggu hari ini..