Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Thursday, July 8, 2010

About feeling

Macam2 perasaan yang akan kita rasakan hari. Adakala kita sedih, gembira, marah, kecewa, geram dan sebagainya. Ini yang dipanggil emosi. Adakala juga emosi kita berubah sekelip mata. Perasaan ini juga dialami oleh saya. Nak dijadikan cerita, IPGM saya telah menganjurkan kempen derma darah secara kecil-kecilan. Ini sebagai projek bagi kursus Bina Insan Guru. Saya pun dengan sedikit teruja dan takut telah melapangkan dada untuk turut menderma. Tetapi, saya tahu saya ini kategori kurang darah. Saja jer nak cuba lagi. Mana tahu kot2 boleh derma. Sebelum kita boleh menderma, darah kita akan diambil sedikit untuk mengetahui adakah darah kita sesuai untuk diguna pakai. Alih2 akak tu kata gini "Sorilah dik, darah adik cair, adik kurang darah". Saya dengan perasaan hampa keluar daripada bilik itu. Tetapi, saya tetap bangga kerana kebanyakkan rakan saya telah turut sama menderma darah. 

Pada malam itu pula, seorang rakan saya telah sudi untuk memeriksa mata saya. Dia telah belajar ilmu ini semasa kursus HPA. Saya pun nak pergi kursus itu, tapi, kesempitan wang. InsyaAllah, saya juga akan berkesempatan untuk ke kursus seperti itu. Doakan saya yer..OK..Menurut dia, saya ini boleh dikategorikan seorang yang mempunyai tekanan darah rendah. Tambah dia lagi, Imuniti badan saya pada tahap kedua  tapi nak masuk tahap ketiga. kalau keempat, dah kira parah. Nutrisi dalam badan juga dikatakan mula kekurangan. Saya akui badan saya mudah pening jika berdiri terlalu lama. Jadi, saya diminta untuk mencari suplemen tambahan agar tubuh badan kita dapat melawan segala jenis penyakit. Dan dia telah mencadangkan produk HPA ...huhu..kalau nak jual barang mestilah kena tahu produk apa yang sesuai untuk pelanggan kita..Perasaan saya masa tue bercampur baur..saya ingat saya nie sihat, sebab cam ok jer..yelah, kalau nak diikutkan selama nie saya boleh jer berkawad, berlari, camping dan macam2 lagi aktiviti lasak tanpa ada gangguan..penat sikit tue ada lah..rupanya tekanan darah rendah ini boleh terdorong ke arah leukimia jika tidak diberi perhatian sewajarnya..jadi takut saya..kecut perut bila dengar..aahhh...takut...Jadi, saya pun beli lah madu dan roselle seperti yang dicadangkan..doakan saya agar saya boleh kekal sihat sentiasa..

Mintak maaflah hari ini ada banyak cerita yang ingin aku sampaikan..Pagi tadi, pertandingan Road Relay telah diadakan. Alhamdulilah, kelas kami menduduki kedudukan yang baik. Kumpulan peserta lelaki yang terdiri daripada Zamir, Azmil,Usaid dan Ala telah berjaya mendudki tempat pertama. Kumpulan perempuan pula yang terdiri daripada Iqa, Bella, Bit dan saya hanya mendapat tempat keempat..alah, ok jugak..Tahniah diucapkan..daripada lebih 20 kuliah, kita berjaya mendapat tempat..takpe, tahun depan boleh cuba lagi..chaiyok2..siapa kata orang kurang darah x leh lari..walaupu, memang rasa macam nak pengsan tadi. semua peserta terpaksa berlari kira-kira 1.5 km untuk mencukupkan satu pusingan seorang/..masa tue rasa gembira sangat2..alhamdulilah, Allah sangat banyak membantu saya..Kita sambung cerita lain kali pulak yer..=)

No comments: