Saya sengaja menggunakan ungkapan ini bagi permulaan post kali ini..Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja selesai membuat persembahan Human Graphic sempena Kejohanan sukan sekolah-sekolah Asia..kejohanan kali ini merupakan kali kedua diadakan..kami telah menjalani latihan dari hari ahad dan kemuncaknya adalh pada hari ini..tahu x apa itu Human Graphic tue??? Human graphic itu digunakan untuk membina perkataan..jadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dan sempit dan pada masa yang sama mengangkat warna yang dikehendaki agar dapat membina perkataan daripada ratusan pelajar.. Ini merupakan pengalaman saya yang ketiga melakukan benda alah ini yang saya rasa sangat membazir dan membuang masa saya..ok, dah lah kitaorang diarahkan untuk pergi..jap, DIWAJIBKAN untuk pergi..tapi, kuliah perlu diganti..pergh...dah lah penat buat benda alah nie..pastu, balik maktab kena prepare time untuk ganti kuliah..aduh, menyusahkan orang jelah..cuba lah undang-undang atau peraturan yang dibuat tue x nyusahkan orang lain boleh x?? lagi satu..saya merasakan satu pembaziran untuk melakukan persembahan ini..dalam keadaan negara yang kesempitan wang sudah pasti kita memerlukan penjimatan dari pelbagai sudut..dan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran..kami diberikan sehelai t-shirt, topi dan beg..tetapi, saya bersyukur kerana pelbagai pengajaran yang dapat saya perolehi melalui pengalaman kali ini..ya, berbalik kepada tajuk saya..sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas..dalam keadaan yang sempit, saya banyak teringat mengenai kekuasaan Allah..Yelah, pada masa itu, saya telah membayangkan macam mana lah kehidupan manusia lain yang hidup dalam kesusahan..nak duduk rumah x de..nak makan duit x de..nak tido tilam x de...arghhhh..saya tidak boleh membayangkan jika suatu hari nanti apabila saya bangun dari tidur, saya bukan lagi berada di dunia yang fana ini..tetapi, berada di alam yang lain..sedangkan amalan saya belum cukup untuk menempatkan saya di syurga miliknya..
Ya Allah, permudahkan urusanku..Engkau limpahkan lah dugaan yang aku mampu untuk tanggung agar aku akan sentiasa mengingatimu dalam apa jua keadaan..(tiba2 teringat mak dan ayah)..Rindu lah kat dorang semua..tidak mengapa...
minggu nie saya balik rumah..hihi,.Mak, fisha rindu...Ayah, fisha rindu...(^_^)
No comments:
Post a Comment