Sekarang nie tengah musim peperiksaan..satu paper dah habis..lepas nie lagi tiga paper bakal menyusul tiba..paper aku yang pertama ialah BM1..Hari isnin ini aku bakal menjawab paper KS..hari rabu paper PJ, khamis paper BM2..semoga aku dapat menjawab dengan jayanya dan mendapat ketenangan..amin..
Esok aku ada sukaneka under Biro Sukan. Biro Sukan conduct sukaneka untuk tadika. Mesti best esok..Lamanya tak main dengan budak-budak.Aku habis paper hari khamis. Jumaat tue nak balik kampung. Bestnya..lama x balik kampung..rindu sangat kat nenek.rindu masakan nenek. rindu bebelan acik dengan mak chah. rindu telatah baim, masyitoh, mus'ab dan tak lupa juga abdullah..rindu jugak nak makan udang segar pak cik..rindu sangat-sangat..
Tapi, hari ahad tue dah kena balik maktab. kena tinggal seminggu kat sini walaupun dah tak der kelas. tak faham betul aku, kenapa kena stay kat sini lagi. dan lagi satu kami bakal menjalani BTN awal cuti sekolah nanti. aku dah plan nak pergi kedah dan kelantan. tapi, nak buat macam mana. terpaksa lah ikut jugak. jadi, cuti yang tinggal hanya lah dua minggu sahaja. sungguh tidak seronok.
No comments:
Post a Comment