Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Monday, May 31, 2010

No Feeling

Ketika ini aku berada di dalam bilik dalam keadaan yang sungguh mendamaikan. Hujan yang turun sebentar tadi cukup menenangkan fikiran ku. Badan yang terasa letih dek berpuasa terubat seketika. Suasana sunyi menyelubungi Blok Siti Khadijah. Rata-rata penghuninya sedang lentok menghilangkan kepenatan. Aku sudah menghidu bau kebosanan apabila terpaksa duduk di maktab ini walaupun kelas tiada lagi. Mujur roomate ku setia menemani. Masakan tidak, rancangan kami berdua adalah untuk pulang pada hari selasa disebabkan hari rabu akan diadakan sambutan Hari Guru. Tetapi, kiriman sistem pesanan ringkas yang diterima semasa berada di kampung membuatkan kami berfikir sejenak. Kami sebulat suara memilih untuk pulang pada hari ahad. Isi kiriman sms itu ialah akan ada perhimpunan rasmi pada hari isnin. Jika ada perhimpunan rasmi, sudah tentu akan ada kedatangan yang bakal dicatat. Antara isi ucapan semasa perhimpunan itu adalah seperti berikut :
  1. Semua penghuni Blok C diminta untuk mencari bilik dari Blok D dan E untuk dihuni. Hal ini kerana pendawaian yang baru akan diselenggara di blok berkenaan yang akan mengambil masa selama sebulan.
  2. Tiada lagi peruntukan stor untuk penyimpanan barang semasa cuti. Semua penghuni diminta mengosongkan bilik dan membawa semua barang balik ke rumah masing-masing.
  3. Hanya boleh keluar pada pukul 6.45 petang dan balik sebelum maghrib. Atau pun keluar selepas isyak dan pulang sebelum jam sepuluh malam. 
  4. Elaun akan dipotong kepada sesiapa yang tidak menghadirkan diri pada sambutan Hari Guru.
  5. Semua penghuni diminta menjaga barang peribadi seperti Laptop, Hadset dan wang ringgit. Hal ini kerana terdapat kecurian yang berlaku baru-baru ini. 
  6. Esok, akan diadakan gotong royong perdana. Diminta semua pelajar berkumpul di blok masing-masing.
  7.  
    Hatiku bagai hanya boleh menerima sebahagian undang-undang tersebut. Ada sedikit perasaan kesal melanda diri ini. Untuk membawa pulang barang dalam jangka masa tak sampai seminggu adalah agak merumitkan bagi penghuni yang merantau jauh. Bermacam-macam perkara menerkam pemikiranku. Kenapa tak cakap awal2? Kenapa tinggal beberapa hari nak cuti baru bagi tahu? tak fikir ke budak2 yang duduk jauh? Mana diorang nak letak barang2? Macam nie punya manusia pun ada ker? Haik..ramai yang mengeluh, .dah lah BTN pun inform lambat ..Masa merdeka dengan Sipma pun macam nie jugak..apa2 pun..pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini...tiada siapa yang tahu..terbit rasa syukur kerana rumah aku dekat jer..jadi, tak susah mana lah..Alhamdulilah...Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..semoga aku tergolong dalam kelompok umatnya yang bersyukur dalam apa jua keadaan..AMIN..
     

    No comments: