Aku dalam dilema
sama ada untuk meminta maaf atau pun tidak.. aku telah membuat salah dengan dua orang
tetapi aku x berupaya untuk mengeluarkan perkataan maaf itu dari mulut aku sendiri..
tetapi, aku perlu melakukan sama ada aku nak atau tidak
jangan sampai hidupmu menyesal kelak.
Menang
aku hanya insan yang sangat suka akan kemenangan.. walaupun dalam sesuatu perkara aku
harus beralah..walaupun dalam sesuatu perkara aku harus menaikkan bendera putih.
walaupun dalam sesuatu perkara itu dah terang lagi bertulis aku yang bersalah
aku tetap inginkan kemenangan..tetapi peristiwa kelmarin
benar-benar menyedarkan aku.
aku harus berubah
kita bukannya betul dalam semua hal
ada perkara kita masih memerlukan bantuan orang lain.
Sedih
aku sedih sebab aku hanya mahukan yang terbaik buat semua rakan-rakanku tetapi rupanya
aku tersalah langkah. aku tersalah cara. aku tersalah kaedah. maafkan aku
aku ingin benar mengujarkan perkataan itu
MAAFKAN AKU
Segan
aku segan dengan kakakku..aku banyak menyusahkan dorang..aku tahu dorang dah penat melayan
kerenah aku yang tak pernah mahu keluar dari kepompong biasa. aku tahu dorang penat
maafkan aku kerana menjadi adik yang degil dah tidak mahu mendengar kata.
maafkan aku sebab tak pernah menyenangkan hati korang
maafkan aku kerana sering membuatkan korang geram dan marah.
MAAFKAN AKU.
Perubahan
itu yang perlu aku lakukan sekarang. itu yang perlu aku buat untuk membuatkan hidupku lagi bahagia.
itu yang perlu aku lakukan agar kehidupan aku bertambah berseri-seri
itu yang perlu aku lakukan agar aku boleh berdiri seiring manusia yang berjaya dalam hidupnya.
itu yang perlu aku lakukan agar dapat mendapat persahabatan yang lebih mulia dan kukuh
itu yang perlu aku lakukan untuk menjadi adik yang baik
itu yang perlu aku lakukan untuk menjadi anak yang lebih menyenangkan
Doakan Aku
Perubahan memerlukan satu usaha yang perlu berterusan ditambah dengan doa serta tawakal
Perubahan memerlukan satu usaha yang istiqamah.
semoga aku menjadi insan yang beguna,..
AMin..
No comments:
Post a Comment