Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Saturday, July 31, 2010

Minggu Halawatul Rhabitah

Tengah hari tadi berakhir sudah minggu halawatul rhabitah anjuran HELWI (hal ehwal wanita)..pelbagai program telah dijalankan..antaranya forum yang bertajuk 
Mengemudi Izzah Keunggulan Muslimah..
saya sangat takut apabila mendengar forum ini...sekadar peringatan : 
  • 257,411 - sijil pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf bermula dari tahun 2000 hingga 2008.
  • setiap 14.5 minit lahir seorang anak luar nikah yang dilahirkan di MALAYSIA.
Sekadar teguran dan muhasabah diri : 
  • Bangunlah wahai muslimat semua, ramai lagi kawan2 kita yang terleka di luar sana. Tugas kita adalah menujukkan jalan kebenaran,..sama2 lah berusaha mencapai cinta hakiki..
  • Manfaatkan peluang yang ada.. P : 9 Emosi, 1 Logik.. L : 1 Emosi, 9 Logik.
  • Jadikan Balqis, Sumayyah dan Ummu Salamah sebagai role model..
  • Jaga tutur kata iaitu BERHATI-HATI bila berbicara.
  • Jaga tingkah laku, JANGAN IKUT NAFSU semata-mata.
  • Jaga pakaian sebagai cermin PERIBADI ISLAM.
A Short Cut To Paradise
Apabila seseorang wanita (isteri) itu telah solat lima waktu, 
puasa di bulan ramadhan, 
menjaga maruahnya dan taat perintah suami akan dijemput di akhirat masuk 
syurga di pintu mana ia suka (mengikut pilihannya)    
(H.R Rahman)

Marilah bersama-sama amalkan doa ini :
Ya Allah, bantulah aku untuk bertaubat kepada-MU
Ya Allah bantulah aku untuk beribadat kepada-MU
Ya Allah bantulah aku bersyukur kepada-MU


Wednesday, July 28, 2010

MuHaSaBaH DiRi

Assalamualaikum..apa khabar semua???..harapnya ceria2 selalu..moga berada dalam keadaan luar biasa bagus hendaknya..Alhamdulilah,.kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus berpijak di muka bumi ini..jadi, gunakalnah sebaik mungkin..mati itu boleh datang dengan tiba-tiba dan ia juga di luar jangkaan kita..semua nya sudah tertera dlam qada' dan qada..

Saya teringin untuk berkongsi sebuah cerita dan insyaAllah kita boleh sama2 mengambil pengajaran daripada cerita ini..

Si A telah diamanahakan untuk mengecat kelas dan dia telah membuatnya dengan hati terbuka..setelah selesai mengecat sebahagian kawasan, dia telah berhenti untuk solat dan berehat sebentar..dia telah membasuh segala kotoran di tangannya dengan kadar segera..kotoran itu mudah dihilangkan.. Selepas itu , dia menyambung mengecat lagi selepas solat zuhur,..selepas selesai mengecat dia telah terus membuat pekerjaan lain tanpa membasuh tangannya....akibatnya, kotoran di tangannya itu sukar untuk hilang dan memerlukan masa yang lama untuk hilang..

Jadi, apa pengajaran yang kita boleh amik dari kisah ini..cuba fikir2kan...

ok..kita boleh bayangkan yang kotoran itu adalah titik2 hitam dalam hati manusia..titik2 ini akan sukar untuk hilang jika dibiarkan terlalu lama..tetapi, jika kita membasuhnya dengan kadar segera ..InsyaAllah titik2 ini akan mudah hilang.. cara untuk menghilangkannya ialah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan..tapi, jika kita sering membuat dosa..titik2 ini akan bertambah dan mungkin  payah untuk dibersihkan..kita pun tahu satu kebaikan yang kita buat akan hilang satu titik..tetapi, apabila satu kejahatan yang kita buat, akan bertambah satu titik dalam hati kita..

Jadi, adakah kita mahu hati kita penuh dengan titik2 hitam sehingga sukar untuk dihilangkan..ataupun kita mahu hati kita bersih dan kita boleh merasai ketenangan hidup dalam dunia dan akhirat kelak..

Pilihan ada di tangan kita..kalau kita mahu berubah, kita akan berusaha untuk berubah..
Bak kata pepatah " Hendak seribu daya, tak nak seribu dalil"

InsyaAllah, Allah akan membantu hamba2 nya yang berusaha..sama-samalah muhasabah diri..ingatan untuk saya sendiri dan semua yang tersayang..

I MIss Mak N Ayah a lot..=(

Tadi terbaca blog abang afie..abang afie cerita keadaan ayah dia semasa di hospital..dengan secara tak sengaja air mata ini dengan mudah jatuh meleleh..
erm,,..i really miss my mum and my father..
saya pelik kalau dulu saya tak pernah rasa rindu jauh sekali rasa sedih bila tinggal jauh2..
tapi kalau sekarang pantang jer orang sebut pasal mak, sebut pasal ayah..
mesti tersentuh hati..mesti teringat..mesti rasa cam nak balik masa tue jugak..arrghhhhh..tak suka perasaan ini...sangat2 tak suka..lagi2 kalau ada kawan2 yang sebut nak balik rumah lah mingguu nie...ggrrr,..tolong jangan cakap pasal rumah dengan saya..tapi, alhamdulilah...rumah saya dekat..saya dapat bayangkan kalau saya still kat dungun mesti saya dah homesick...hahah..Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Allah tahu saya belum mampu untuk berjauhan dengan family lagi..thanks Allah..saya bersyukur sangat ...
nasib baik ada kawan2 yang memahami..saya bukanlah anak manja tapi saya seorang yang suka memanjakan diri...yelah.,..kalau orang lain nak manja dengan dorang punya BF ker GF ker..pergilah manja dengan sapa2 pun..saya nak manja dengan family saya jer..
dengan kawan2 saya jer..bukan dengan lelaki ajnabi...
mak, ayah..fisha balik lagi tiga minggu yer...tunggu taw ( macam la mak aku tunggu aku balik??..ermmm nasib la tunggu ke tak..lantaklah..janji nak balik rumah masa awal ramadhan..)

Tuesday, July 27, 2010

Weekend yang berilmu

Assalamulaikum semua..apa khabar anda semua..ok..mulai sekarang kalau ada orang tanya apa khabar anda..jawab gini yer.."Alhamdulilah luar biasa Allah Akbar..alhamdulilah..ok nk cerita sikit nie..sabtu dan ahad baru2 nie..kiranya semalam dan kelmarin saya telah mengikuti satu program under usrah iaitu ISK (ini sejarah kita) ..saya ingat program nie cam ceramah yang pernah dengar sebelum ini..tapi, program ini totally diferrent dengan program ceramah sebelum ini..sangat2 best..

Program ini cerita mengenai peranan kita sebagai seorang individu muslim..baru saya tahu sebenarnya sebagai seorang islam kita mempunyai dua peranan iaitu khalifah dan ibadah..huhu..itu sebenarnya tujuan kita dilahirkan di atas muka bumi ini..tengok tue..dah 19 tahun hidup baru tahu tujuan hidup..memang x de matlamat ler nafisah ni..yelah, selama ini rasa kita hnya perlu ikut apa yang Allah seuruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..x de pun pernah dengar teori macam ini..tak per..ilmu baru tuh..dalam program ini juga terdapat pengkisahan tentang sejarah2 islam terdahulu..macam zaman makkah, zaman khulafa ar rasyidin, uthmaniyah. abbasiyah, dan lain2 lagi...kalau nak diikutkan zaman kita sekarang ini , malaysia amnya sama seperti zaman makkah, iaitu zaman jahiliyah..yelah, kita hanya ada dakwah, kita x de daulah, kita x de khalifah, dan kita tak de tamadun...sampai tahap ini islam yang kita bangga-bangga kan tapi sering saja tinggalkan suruhan nya.memang benar kita perlu bermula dengan usrah..dengan menyertai usrah ilmu agama kita dapat dipertingkatkan..kita bukan hanya hidup di dunia bahkan di akhirat itu penentu segalanya..adakah amalan kita cukup menjanjikan syurga di tangan..??? 

Ya Allah, memang takut kalau dengar cerita tentang amalan, dosa, pahala..kalau nak diikutkan saya memang belum layak langsung untuk menyentuh syurga ..dalam pada masa yang sama, saya meraskan diri ini serba kekurangan..banyak benda baru yang saya dapat bila ikut program sebegini..ok, ..
(banyak jer benda2 lagha yang selalu saya buat..takutnya..)

Setiap kali sesi slot program, akan ada satu atau dua ayat Al-Quran dibacakan apabila kisah penceritaanya berkaitan..dan tetiba la nama saya dipanggil untuk membacakan sepotong ayat..aduh,..saya dah tak keruan..dah lah ayat tue banyak huruf "R"..dah kompem2 terbelit2 lidah ni..saya pun baca dengan keadaan segan dan sedih sebab dulu tak pernah belajar ngaji betul2..rasa macam nak nangis jer,.yelah, kalau nak diikutkan semua para peserta memang lulusan agama dan bertudung labuh..saya pun pakai tudung labuh masa tue,..tapi, bila ngaji tergagap-gagap..beberapa kali dibetulkan bacaan..segan sih...masa nie saya memang teringat kat ayah..teringat kat mak..nak jer jerit .." Ayah, ajar fisha ngaji sekarang...fisha nak belajar ngaji dengan cara yang betul..tolong, anak ayah nie nak berubah jadi orang yang "baik " .." Ya Allah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian..alhamdulilah, kau tunjukkan saya jalan ke arah kebaikan dengan menempatkan saya di maktab islam ini..kalau tak mesti saya masih lagi terleka dengan hiasan dunia semata...
Teringat kata2 kak zati ( akak usrah saya ) mengenai aurat .
" Fisha, kalau kita nak tahu kita nie tutup aurat mengikut islam ke tak ..cuba kita tengok pakaian kita sesuai tak untuk solat..yelah, kalau kita nak solat kita tutup aurat..jadi, cuba tengok adakah pakaian kita sesuai untuk mendirikan solat ??.." 
( saya hanya senyum tersimpul sambil kepala ligat berfikir ..betul gak ...)

Ps : sekarang dalam proses untuk menutup aurat sepenuhnya..berusaha untuk mengelakkan diri daripada menutup aurat tetapi bertelanjang...kawan2,mak, ayah, ..bantu saya..banyak dUgaan zaman sekarang ini..Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini..ampunilah hambamu ini..








Saturday, July 24, 2010

Serius BOSAN !!!!!

Minggu nie tak balik rumah sebab esok saya ada program Ini Sejarah Kita (ISK) dengan kak siti..tapi, minggu nie la jugak budak2 floor saya ramai yang balik..jadinya sunyi sepi tak berlagu ler lorong gelap nie..aduh..nasib baik ada roomate yang setia menemani..aggrrhhh..sekarang nie assigment belum dapat lagi, 
jadi masing2 nak balik rumah memandangkan kerja tak banyak lagi..
disebabkan minggu lepas saya dah balik jadi tak de lah rasa 
ralat sangat tak balik minggu nie...minggu depan pun tak boleh balik sebab ada 
program helwi dan semua pelajar muslimat diwajibkan hadir..

Minggu depannya pun tak boleh balik jugak sebab ada kelas ganti untuk raya..that means saya terpaksa balik minggu depannya lagi..kira2 3 minggu lagi baru saya akan menjejakkan kaki ke rumah tercinta iaitu pada awal minggu ramadhan..bosannya..tak per lah asalkan dapat sambut awal ramadhan kat rumah..ermm,,..sejak petang tadi kerja saya ialah membaca blog2 kawan2 saya..sebab nya ada kerja tapi rasa cam tak de mood nak buat..
nanti2 dulu yer..hari nie kita rehat kan fikiran dulu..

Esok, dah kena dengar ceramah pasal islam..hari isnin lak ada projek kajian lapangan under ks ( kajian sosial) kat sg congkak..tapi, sampai sekarang saya tak dapat bayangan kena buat kajian pasal apa..tak per..nanti saya akan cuba bertanya kepada budak major KS..semuanya bisa diatur,.,,sebelum itu,..serius saya sangat2 bosan ketika ini..semua status kat FB adalah berkaitan dengan keseronokan berada di  rumah..dan kebanyakkan rakan saya sedang berada di rumah sekarang ini..Alhamdulilah.,..
saya masih berada di hostel IPIS..sangat2 ingin berada di rumah ketika ini..

I LUV THEM SO MUCH..(~,~)
My luvly family

My BFF

Tuesday, July 20, 2010

TaKziah untuk Afie

Semalam ayah classmate saya iaitu Afiqah telah kembali ke rahmatullah..tepat jam 8.15 ayahnya telah selamat berada di alam lain..salam takziah untuk afie keluarga..kami mendoakan yang terbaik buat afie..kami telah berkonvoi untuk menziarahi afie..walaupun agak jauh perjalanannya, tetapi, disebabkan rasa bertanggungjawab sebagai seorang kawan...kami telah sepakat untuk menyewa kereta untuk ke parit sulong, Batu Pahat, Johor..erm, nie lah first time aku pergi johor..selama nie aku hanya menjejakkan kaki ke Tangkak dan Muar..selain itu, tidak pernah lagi rasanya..dan inilah first time aku naik kereta dengan dak lelaki (kalau mak tahu nie, mampus aku kena leter)..maafkan fisha mak, terpaksa..nak lawat kawan..huhu.. FUhhh..penat sih walaupun bukan aku yang memandu..kami tiba di maktab pada jam 10.40 malam..takut jer kena tahan kat pak guard..nasib baik pak guard tue ok jer..

Pada hari sabtu lepas, satu majlis doa selamat telah diadakan di rumah saya..semua sanak saudara saya telah berkumpul kecuali Mak Chah yang tidak dapat menghadirkan diri...saya sangat gembira ketika ini..



Dari Abdullah Bin Mas'ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: 

"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku". Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. 

(Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban) 


Thursday, July 15, 2010

Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi..Selamat Hari Jadi ...kepada DIri SEndIri...=)

Hari ini genap umur saya 19 tahun ..umur yang Allah pinjamkan kepada diri ini..hari ini merupakan hari yang saya sangat2 gembira..yelah..siapa yang tak gembira kalau tibanya hari jadi..ahaks..saya dah tua..

Terima kasih kepada semua rakan2 yang wish..sangat terharu..asyik kena usik jer masa kat kelas..saya memang gelak besar hari ini..yang paling terharu orang yang saya minat tapi dia hanya anggap saya kawan biasa merupakan orang first yang wish..tepat jam 12 malam..selepas itu barulah kawan baik saya, Adilah yang tak pernah terlepas untuk menjadi orang yang terawal wish..apa2 pun thanks atas ucapan kalian semua..Memang rasa sangat2 GeMbIrA ketika ini..




Terdapat satu ucapan yang sangat menusuk kalbu yang telah membuatkan saya terfikir sejenak..nak tahu x siapa yang antar..erm, Mak Chah yang antar messages nie..

"Salam. 3 Sya'ban. Usia 19 tahun Allah pinjamkan lagi. 
Renungi apa yang telah engkau kecapi selama ini. 
Bersyukur. Jaga solat 5 waktu., tepati waktunya, 
Baca Al-Quran, tambah amalan sunat, Selamat Lahir. "

Alhamdulilah..semoga saya akan menjadi antara hamba-hambanya yang soleh..Ya Allah, permudahkanlah urusanku..

Ketika ini :
1. teringat kawan2 kat UITM yang pernah membuat surprises party menyambut hari jadi saya walaupun pada masa itu kami hanya baru berkenalan kira2 2 minggu..terharu sangat masa itu. 
2. Tidak sabar untuk pulang ke rumah pada hari sabtu ini untuk menyambut hari jadi bersama-sama nenek tercinta..akan diadakan juga tahlil untuk arwah Atuk Othman.
3. Sedih apabila mengetahui ayah afie ( budak kelas saya) sedang tenat ketika ini. Moga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah..
4. Teringat Atuk Bujang yang ketika ini sudah tidak berupaya untuk berjalan..hanya duduk di atas kerusi ..semoga Allah permudahkan segalanya..



Post kali ini menjadi panjang isinya kerana terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku tika ini..Harapnya semua akan bisa sabar dan tabah menghadapi dugaanya..Ingatlah ujian itu juga merupakan rezeki daripada Allah..rezeki ini hanya buat orang2 yang terpilih..tetapi, harus diingat juga bahawa kesenangan itu juga merupakan ujian daripada Allah..sama2 lah kita berusaha menjadi hamba yang soleh serta solehah..hidup hanya pinjaman..akhirat jua kekal akhirnya..beramallah selagi kita masih bernafas..ingatan buat semua..

Tuesday, July 13, 2010

GeMuRuH - FaIzAl TahIr..

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

(terus addicted dengan lagu nie bila nyanyi ramai2 masa buat human graphic..sebelum nie dengar tapi x de perasaan pun..kali nie betul2 dah jatuh rahang dengar lagu nie..ahaks..suka sangat2..rasa sangat  bersemangat..thanks faizal tahir untuk lagu yang best..semangat..chaiyok2..gambate..)

Pengalaman Mengajar Kita

Saya sengaja menggunakan ungkapan ini bagi permulaan post kali ini..Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja selesai membuat persembahan Human Graphic sempena Kejohanan sukan sekolah-sekolah Asia..kejohanan kali ini merupakan kali kedua diadakan..kami telah menjalani latihan dari hari ahad dan kemuncaknya adalh pada hari ini..tahu x apa itu Human Graphic tue??? Human graphic itu digunakan untuk membina perkataan..jadi, kami terpaksa duduk berhimpit-himpit dan sempit dan pada masa yang sama mengangkat warna yang dikehendaki agar dapat membina perkataan daripada ratusan pelajar.. Ini merupakan pengalaman saya yang ketiga melakukan benda alah ini yang saya rasa sangat membazir dan membuang masa saya..ok, dah lah kitaorang diarahkan untuk pergi..jap, DIWAJIBKAN untuk pergi..tapi, kuliah perlu diganti..pergh...dah lah penat buat benda alah nie..pastu, balik maktab kena prepare time untuk ganti kuliah..aduh, menyusahkan orang jelah..cuba lah undang-undang atau peraturan yang dibuat tue x nyusahkan orang lain boleh x?? lagi satu..saya merasakan satu pembaziran untuk melakukan persembahan ini..dalam keadaan negara yang kesempitan wang sudah pasti kita memerlukan penjimatan dari pelbagai sudut..dan ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembaziran..kami diberikan sehelai t-shirt, topi dan beg..tetapi, saya bersyukur kerana pelbagai pengajaran yang dapat saya perolehi melalui pengalaman kali ini..ya, berbalik kepada tajuk saya..sebenarnya saya sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan saya peluang untuk bernafas..dalam keadaan yang sempit, saya banyak teringat mengenai kekuasaan Allah..Yelah, pada masa itu, saya telah membayangkan macam mana lah kehidupan manusia lain yang hidup dalam kesusahan..nak duduk rumah x de..nak makan duit x de..nak tido tilam x de...arghhhh..saya tidak boleh membayangkan jika suatu hari nanti apabila saya bangun dari tidur, saya bukan lagi berada di dunia yang fana ini..tetapi, berada             di alam yang lain..sedangkan amalan saya belum cukup untuk menempatkan saya di syurga miliknya..
Ya Allah, permudahkan urusanku..Engkau limpahkan lah dugaan yang aku mampu untuk tanggung agar aku akan sentiasa mengingatimu dalam apa jua keadaan..(tiba2 teringat mak dan ayah)..Rindu lah kat dorang semua..tidak mengapa...
minggu nie saya balik rumah..hihi,.Mak, fisha rindu...Ayah, fisha rindu...(^_^)

Thursday, July 8, 2010

About feeling

Macam2 perasaan yang akan kita rasakan hari. Adakala kita sedih, gembira, marah, kecewa, geram dan sebagainya. Ini yang dipanggil emosi. Adakala juga emosi kita berubah sekelip mata. Perasaan ini juga dialami oleh saya. Nak dijadikan cerita, IPGM saya telah menganjurkan kempen derma darah secara kecil-kecilan. Ini sebagai projek bagi kursus Bina Insan Guru. Saya pun dengan sedikit teruja dan takut telah melapangkan dada untuk turut menderma. Tetapi, saya tahu saya ini kategori kurang darah. Saja jer nak cuba lagi. Mana tahu kot2 boleh derma. Sebelum kita boleh menderma, darah kita akan diambil sedikit untuk mengetahui adakah darah kita sesuai untuk diguna pakai. Alih2 akak tu kata gini "Sorilah dik, darah adik cair, adik kurang darah". Saya dengan perasaan hampa keluar daripada bilik itu. Tetapi, saya tetap bangga kerana kebanyakkan rakan saya telah turut sama menderma darah. 

Pada malam itu pula, seorang rakan saya telah sudi untuk memeriksa mata saya. Dia telah belajar ilmu ini semasa kursus HPA. Saya pun nak pergi kursus itu, tapi, kesempitan wang. InsyaAllah, saya juga akan berkesempatan untuk ke kursus seperti itu. Doakan saya yer..OK..Menurut dia, saya ini boleh dikategorikan seorang yang mempunyai tekanan darah rendah. Tambah dia lagi, Imuniti badan saya pada tahap kedua  tapi nak masuk tahap ketiga. kalau keempat, dah kira parah. Nutrisi dalam badan juga dikatakan mula kekurangan. Saya akui badan saya mudah pening jika berdiri terlalu lama. Jadi, saya diminta untuk mencari suplemen tambahan agar tubuh badan kita dapat melawan segala jenis penyakit. Dan dia telah mencadangkan produk HPA ...huhu..kalau nak jual barang mestilah kena tahu produk apa yang sesuai untuk pelanggan kita..Perasaan saya masa tue bercampur baur..saya ingat saya nie sihat, sebab cam ok jer..yelah, kalau nak diikutkan selama nie saya boleh jer berkawad, berlari, camping dan macam2 lagi aktiviti lasak tanpa ada gangguan..penat sikit tue ada lah..rupanya tekanan darah rendah ini boleh terdorong ke arah leukimia jika tidak diberi perhatian sewajarnya..jadi takut saya..kecut perut bila dengar..aahhh...takut...Jadi, saya pun beli lah madu dan roselle seperti yang dicadangkan..doakan saya agar saya boleh kekal sihat sentiasa..

Mintak maaflah hari ini ada banyak cerita yang ingin aku sampaikan..Pagi tadi, pertandingan Road Relay telah diadakan. Alhamdulilah, kelas kami menduduki kedudukan yang baik. Kumpulan peserta lelaki yang terdiri daripada Zamir, Azmil,Usaid dan Ala telah berjaya mendudki tempat pertama. Kumpulan perempuan pula yang terdiri daripada Iqa, Bella, Bit dan saya hanya mendapat tempat keempat..alah, ok jugak..Tahniah diucapkan..daripada lebih 20 kuliah, kita berjaya mendapat tempat..takpe, tahun depan boleh cuba lagi..chaiyok2..siapa kata orang kurang darah x leh lari..walaupu, memang rasa macam nak pengsan tadi. semua peserta terpaksa berlari kira-kira 1.5 km untuk mencukupkan satu pusingan seorang/..masa tue rasa gembira sangat2..alhamdulilah, Allah sangat banyak membantu saya..Kita sambung cerita lain kali pulak yer..=)

Tuesday, July 6, 2010

I'M SORRY

Saya tak tahu kenapa dengan hari ini..macam2 benda berlaku yang sangat2 menguji tahap kesabaran saya..jadi, dengan secara tidak sengaja ada beberapa insan yang free2 jer kena marah ...sorry..emosi saya kurang stabil hari ini..tak pasal orang lain yang jadi mangsa...dah lah badan tak berapa
nak sihat nie..tetiba jer, nak buat saya naik angin..apa2 pun, maafkan saya..EMOSI saya 
terganggu hari ini..