Bagaimana kita dapat melewati indahnya fajar pagi, jika kita tidak pernah berani melewati pekat malam?

Pages

Wednesday, July 28, 2010

MuHaSaBaH DiRi

Assalamualaikum..apa khabar semua???..harapnya ceria2 selalu..moga berada dalam keadaan luar biasa bagus hendaknya..Alhamdulilah,.kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus berpijak di muka bumi ini..jadi, gunakalnah sebaik mungkin..mati itu boleh datang dengan tiba-tiba dan ia juga di luar jangkaan kita..semua nya sudah tertera dlam qada' dan qada..

Saya teringin untuk berkongsi sebuah cerita dan insyaAllah kita boleh sama2 mengambil pengajaran daripada cerita ini..

Si A telah diamanahakan untuk mengecat kelas dan dia telah membuatnya dengan hati terbuka..setelah selesai mengecat sebahagian kawasan, dia telah berhenti untuk solat dan berehat sebentar..dia telah membasuh segala kotoran di tangannya dengan kadar segera..kotoran itu mudah dihilangkan.. Selepas itu , dia menyambung mengecat lagi selepas solat zuhur,..selepas selesai mengecat dia telah terus membuat pekerjaan lain tanpa membasuh tangannya....akibatnya, kotoran di tangannya itu sukar untuk hilang dan memerlukan masa yang lama untuk hilang..

Jadi, apa pengajaran yang kita boleh amik dari kisah ini..cuba fikir2kan...

ok..kita boleh bayangkan yang kotoran itu adalah titik2 hitam dalam hati manusia..titik2 ini akan sukar untuk hilang jika dibiarkan terlalu lama..tetapi, jika kita membasuhnya dengan kadar segera ..InsyaAllah titik2 ini akan mudah hilang.. cara untuk menghilangkannya ialah dengan melakukan amalan-amalan kebaikan..tapi, jika kita sering membuat dosa..titik2 ini akan bertambah dan mungkin  payah untuk dibersihkan..kita pun tahu satu kebaikan yang kita buat akan hilang satu titik..tetapi, apabila satu kejahatan yang kita buat, akan bertambah satu titik dalam hati kita..

Jadi, adakah kita mahu hati kita penuh dengan titik2 hitam sehingga sukar untuk dihilangkan..ataupun kita mahu hati kita bersih dan kita boleh merasai ketenangan hidup dalam dunia dan akhirat kelak..

Pilihan ada di tangan kita..kalau kita mahu berubah, kita akan berusaha untuk berubah..
Bak kata pepatah " Hendak seribu daya, tak nak seribu dalil"

InsyaAllah, Allah akan membantu hamba2 nya yang berusaha..sama-samalah muhasabah diri..ingatan untuk saya sendiri dan semua yang tersayang..

3 comments:

iqapika said...

like this a lot!!!!!!!!!!!!! btol3... subhanallah.. br nmpk analogi yg sgt memberangsangkan..

btol a.. segala ape yg dijadikan Allah kt dunia sume adalah tanda kebesaranNya wlupn cerita cat tumpah kat tgn.. uhhuuhuuu~

iqapika said...

nk share~

Nafisah said...

sokong..kita kena tengok semua benda ada kaitan dgn penciptanya..share jer lah..=)